Seorang bayi yang dari luar fizikalnya ternyata normal mengejutkan
ramai pihak apabila dirinya mampu mengeluarkan air liur kristal.
Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang,
Jawa Timur sibuk memperkatakan berita mengenai air liur seorang bayi
yang berubah menjadi kristal.
Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu
mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar
menjadi kristal.
Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.
Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu.
“Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan
air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal,” katanya
kepada Kompas.com.
Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni bersama
suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik tidak
dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.
“Kalau kristal itu diambil, dia akan menangis. Saya terpaksa
memantaunya selalu kerana takut kristal itu ditelannya. Namun, setakat
ini dia tidak pernah mahu menelannya dan hanya dibuat main,” ujar Leni.
Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Selepas berita ini tersebar
sudah semestinya bayi ini sering menjadi tumpuan orang ramai yang mahu
melihatnya secara dekat.
Mungkin tidak hairan jika ada yang sanggup
membeli bayi ini sedangkan penemuan pelik yang lain turut ramai yang
menawarkan harga.
Wallahu’alam….
0 Komen Di Sini:
Catat Ulasan