mct7Y-n1tpPGqpa7Shoetc-t4AE 02/25/13 | Islam Itu Simple Blogger Widgets

Sahabat Eida

Isnin, 25 Februari 2013

Solat tak sempurna tanpa tamakninah

Nukilan Unknown Pada 3:35 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum! 


Rasulullah SAW bersabda: “Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya? Baginda menjawab: Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (Riwayat Imam Ahmad) 


Hadis ini ada kaitannya dengan tamakninah (berhenti seketika) yang diabai dan dilupakan kebanyakan Mukmin ketika mengerjakan solat. Tamakninah termasuk salah satu daripada rukun solat yang mesti dilakukan namun masih ramai yang cuai. 

Ucapan Rasulullah iaitu tidak menyempurnakan rukuk dan sujud merujuk kepada rukuk dan sujud dalam solat yang tidak disertakan dengan tamakninah, menyebabkan rukuk dan sujudnya tidak sempurna. 




Dalam mazhab Syafie dan Hanbali, tamakninah adalah rukun solat yang mana tanpanya, solat seseorang jadi tidak sah. 

Orang yang solat dalam keadaan cepat atau laju tanpa menyempurnakan tamakninah termasuk dalam kategori orang yang mencuri dalam solatnya, bahkan Nabi Muhammad SAW menyatakan itulah sejahat-jahat pencuri. 

Ada beberapa tempat dalam solat yang mesti disertakan tamakninah iaitu ketika rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Jika pengabaian terhadap tamakninah ini dilakukan berterusan tanpa diambil peduli, maka rugi dan sia-sialah solat. 

Rasulullah SAW melarang solat yang dilakukan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. Suatu masa Rasulullah SAW memasuki masjid, lalu masuk seorang lelaki ke masjid untuk melakukan solat. Selesai solat, ia mendatangi Rasulullah seraya mengucapkan salam. Setelah menjawab salam, Baginda berkata: “Kembalilah ke tempatmu dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum solat. Lelaki itu lalu solat semula seperti tadi, tetapi Rasulullah SAW tetap menyatakan yang sama iaitu menyuruh lelaki itu solat semula kerana menurut Rasulullah SAW, lelaki itu belum mengerjakan solat (secara sepatutnya). Hal ini berulang sampai tiga kali. 

Marah biar bertempat

Nukilan Unknown Pada 3:26 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum! 


Rasulullah tidak kompromi jika hukum Tuhan dipersendakan


Meskipun Rasulullah SAW sering dihina, dicaci dan disakiti oleh kaumnya sendiri, namun Baginda SAW tetap bertahan tanpa bersungut atau menunjukkan emosi marah. Jika marah kepada seseorang, kemarahan Baginda SAW itu bukan marah melulu tanpa sebab musabab. 



Baginda SAW hanya marah apabila sesuatu hukum Allah dipersendakan. Ini yang mencetuskan rasa tidak senang dalam hati Baginda SAW. 


Isteri Baginda, Aisyah ada menyatakan: “Rasulullah SAW tidak pernah marah jika disakiti. Namun, jika hukum Allah dilanggar, maka Baginda akan marah kerana Allah.” (Riwayat Muslim) 




Kita mengetahui betapa kental kesabaran Baginda ketika menjalankan usaha dakwah. Baginda dilayan dan diperlakukan dengan pelbagai tindakan keji di luar sifat kemanusiaan dan ketamadunan manusia. Pun begitu, Baginda SAW tetap cekal. 



Aisyah ada membawa satu kisah perbualannya dengan Baginda SAW. Dikatakan Aisyah ada bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah engkau pernah mengalami hari yang lebih dahsyat daripada waktu Perang Uhud? Lalu Baginda menjawab: Sungguh aku pernah menerima perlakuan daripada kaummu yang lebih menyakitkan daripada itu, dan yang paling menyakitkan adalah pada saat Hari Aqabah.” 



Seterusnya Baginda SAW menyambung jawapannya: “Ketika itu aku minta tolong pada Ibnu Abdi Halil bin Abdi Kulal, tetapi dia tidak memenuhi apa yang aku inginkan. Maka akupun pergi dengan perasaan sangat sedih. Aku berjalan tanpa sedar ke mana aku melangkah dan baru sedar saat berada di hujung bukit. Lalu aku mendongakkan kepalaku ke langit, tiba-tiba aku dinaungi awan di atasku. Akupun melihat ke arah awan, ternyata ada malaikat Jibril di sana. Dia memanggilku dan berkata: Wahai Muhammad. Sesungguhnya Allah mendengar apa yang dikatakan kaummu kepadamu dan apa yang mereka lakukan terhadap dirimu. Sesungguhnya Allah telah mengutus malaikat penjaga gunung kepadamu supaya engkau perintah dia apapun yang engkau mahu.” 


 

Islam Itu Simple Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea