Assalamualaikum!
Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat Islam di dunia ini
untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Jadi tidak hairanlah jika Mekah
dihadiri oleh jutaan manusia hampir setiap tahun.
Suatu ketika ratusan
ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah
Al-Quran melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar
biasa ini membuat ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum
dengan kejadian Allah.
Saksi kejadian berkata pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang
wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik
sahaja tiba di pintu depan Kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan
jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang
dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan
melekat di pintu Kaabah.
Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran
tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang menjadi
saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata
baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi.
Subhanallah! Walaupun mungkin di antara kita meragui tentang berita ini,
namun kita perlu akur bahawa tiada yang mustahil dalam dunia ini. Ini
adalah sebahagian daripada tanda kekuasaan Allah SWT.
[Petikan Warta Perdana]
Wallahu’alam….
FB Fan Page
Statistik
Catatan Wajib Baca
-
Assalamualaikum! Menjalani kehidupan dengan gemar mengumpat orang adalah satu perbuatan yang amat ditegah dalam Islam. Mengumpat adal...
-
Assalamualaikum! Azab Kubur - Mayat Dikebumikan Dalam Kubur Yang Dipenuhi Air Pak abu mengamuk lagi. Kedua tamu di hadapannya di tata...
-
Assalamualaikum! Satu kejadian yang amat aneh telah berlaku di Garie, Australia yang mana kelihatan langit telah dipaparkan ...
-
Assalamualaikum! Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramid di mesir, inilah semua kea...
-
Assalamualaikum! Azab Kubur Yang Menggerikan Kerana Bertatoo Salib Di Dada Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar. Seorang ham...
-
Assalamualaikum! GAMBAR HIASAN Kisah Allah Dan Malaikat Izrail Serta Penciptaan Maut Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kema...
-
Assalamualaikum! Terdapat satu laporan di mana ada penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan dijumpai ketika pekerja sedan...
-
Assalamualaikum! Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa yang senang Allah mengabulkan doanya ketika dalam kea...
-
Assalamualaikum! Tidur Semasa Azan Penyebab Mayat Jadi Berat ? Soalan : Adakah sebab kita baring atau tidur semasa azan menjadi se...
-
Assalamualaikum! Hanover, Jerman - Gambar yang anda lihat diatas adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru saja 15 ming...
Sahabat Eida
Sabtu, 11 Ogos 2012
Adakah Batal Puasa Jika Makan Selepas Waktu Imsak ?
Assalamualaikum!
Adakah Batal Puasa Jika Makan Selepas Waktu Imsak ?
SOALAN
JAWAPAN
Antara masalah yang disepakati ulama, ibadat puasa bermula dari naiknya fajar sadiq hingga terbenam matahari. Fajar sadiq ialah cuaca cerah waktu pagi, sebelum naik matahari. Allah berfirman:
Berpandukan ayat ini, ulama mentafsirkan, waktu puasa yang sebenarnya ialah waktu naik fajar subuh hingga terbenam matahari atau hingga masuknya waktu Maghrib. Selain daripada jarak antara dua waktu ini, harus bagi orang berpuasa mengambil makan, minum dan berhubung kelamin. Ini juga bermakna, jika seseorang mendengar azan yang menandakan masuknya waktu Subuh, sedangkan dalam mulutnya masih ada makanan, hendaklah dibuang. Jika ditelannya, nescaya batal puasanya.
Memang suatu kelaziman berlaku di kebanyakan negara Islam, bilal yang bertugas masjid mengumandang azan pertama sebelum azan subuh. Tujuannya ialah memaklumkan waktu Subuh hampir tiba, orang Islam yang akan menunaikan puasa pada esok hari hendaklah bersiap sedia menyempurnakan sahur, mencuci mulut dan mengambil wuduk untuk solat Subuh berjamaah. Di sesetengah negara pula membuat waktu Imsak, iaitu 10 minit sebelum masuknya waktu solat Subuh, bagi tujuan yang sama. Waktu imsak atau 10 minit sebelum Subuh itu, bukan waktu bermulanya puasa, kerana dalam tempoh ini masih diharuskan makan dan minum. Lebih tepat jika kita katakan, imsak hanya masa membuat persiapan untuk berpuasa.
Bersahur pada dasarnya sunat dilewatkan, kerana ada hadis yang menyatakan bahawa umat ini sentiasa beroleh kebajikan, jika mereka sentiasa mengamalkan prinsip segera berbuka dan lewat bersahur. (Syarh al-Sunnah, 6/253).
Ada juga hadis yang menyatakan, jarak masa antara sahur dengan waktu Subuh kira-kira masa yang menyamai bacaan 50 ayat al-Qur`an yang sederhana. Rasulullah (s.a.w.) bersabda dalam hadis riwayat Zaid Ibn Thabit, katanya yang bermaksud:
Jika seseorang menganggap, waktu puasa adalah bermula daripada waktu imsak, maka anggapan itu meleset dan tidak tepat, kerana puasa seperti yang disebutkan di atas bermula daripada naiknya fajar sadiq atau waktu subuh.
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi: Jika seseorang selalu mengamalkan puasanya bermula daripada waktu imsak, maka ia telah melakukan suatu keterlaluan dalam agama ini dan bertentangan dengan Sunnah nabi s.a.w. (Fatawa Mu`sirah, 1/313).
Saya berpendapat, waktu imsak adalah waktu untuk bersiap sedia ke masjid bagi menunaikan solat Subuh. Ulama kita sebelum inipun tidak peranah diketahui ada yang mengatakan puasa bermula dari waktu itu.
Wallahu’alam….
SUMBER

Sesetengah masjid di Lembah Kelang ini mengumandang azan dua kali pada waktu sebelum Subuh. Soalan saya bolehkah makan sahur selepas azan pertama. Biasanya azan pertama itu setengah jam sebelum azan kedua. Bagaimana pula dengan waktu Imsak, iaitu waktu 10 minit sebelum azan kedua, bolehkan seseorang bersahur dalam tempoh ini.
- AWI, K. Kubu.
JAWAPAN
Antara masalah yang disepakati ulama, ibadat puasa bermula dari naiknya fajar sadiq hingga terbenam matahari. Fajar sadiq ialah cuaca cerah waktu pagi, sebelum naik matahari. Allah berfirman:
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ
Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu cahaya siang dari kegelapan malam, iaitu waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (al-Baqarah: 187)
Berpandukan ayat ini, ulama mentafsirkan, waktu puasa yang sebenarnya ialah waktu naik fajar subuh hingga terbenam matahari atau hingga masuknya waktu Maghrib. Selain daripada jarak antara dua waktu ini, harus bagi orang berpuasa mengambil makan, minum dan berhubung kelamin. Ini juga bermakna, jika seseorang mendengar azan yang menandakan masuknya waktu Subuh, sedangkan dalam mulutnya masih ada makanan, hendaklah dibuang. Jika ditelannya, nescaya batal puasanya.
Memang suatu kelaziman berlaku di kebanyakan negara Islam, bilal yang bertugas masjid mengumandang azan pertama sebelum azan subuh. Tujuannya ialah memaklumkan waktu Subuh hampir tiba, orang Islam yang akan menunaikan puasa pada esok hari hendaklah bersiap sedia menyempurnakan sahur, mencuci mulut dan mengambil wuduk untuk solat Subuh berjamaah. Di sesetengah negara pula membuat waktu Imsak, iaitu 10 minit sebelum masuknya waktu solat Subuh, bagi tujuan yang sama. Waktu imsak atau 10 minit sebelum Subuh itu, bukan waktu bermulanya puasa, kerana dalam tempoh ini masih diharuskan makan dan minum. Lebih tepat jika kita katakan, imsak hanya masa membuat persiapan untuk berpuasa.
Bersahur pada dasarnya sunat dilewatkan, kerana ada hadis yang menyatakan bahawa umat ini sentiasa beroleh kebajikan, jika mereka sentiasa mengamalkan prinsip segera berbuka dan lewat bersahur. (Syarh al-Sunnah, 6/253).
Ada juga hadis yang menyatakan, jarak masa antara sahur dengan waktu Subuh kira-kira masa yang menyamai bacaan 50 ayat al-Qur`an yang sederhana. Rasulullah (s.a.w.) bersabda dalam hadis riwayat Zaid Ibn Thabit, katanya yang bermaksud:
Kami bersahur bersama Rasulullah (s.a.w.), kemudian kami bangun untuk solat Subuh. Jarak antara sahur dan solat Subuh kira-kira kadar bacaan 50 ayat. (Bukhari 4/118, Muslim, bilangan 1097)Meskipun harus bagi seseorang bersahur pada waktu imsak, tetapi bagi seseorang yang ingin berpuasa pada esok harinya, sebaik-baiknya mengambil sikap yang lebih ihtiyat (cermat) bagi puasanya, iaitu dengan menahan daripada makan dan minum beberapa waktu lebih awal daripada masa puasa yang sebenarnya. Cara ini boleh mengelakkan seseorang daripada melampaui batas-batas yang diharus dan meragukan.
Jika seseorang menganggap, waktu puasa adalah bermula daripada waktu imsak, maka anggapan itu meleset dan tidak tepat, kerana puasa seperti yang disebutkan di atas bermula daripada naiknya fajar sadiq atau waktu subuh.
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi: Jika seseorang selalu mengamalkan puasanya bermula daripada waktu imsak, maka ia telah melakukan suatu keterlaluan dalam agama ini dan bertentangan dengan Sunnah nabi s.a.w. (Fatawa Mu`sirah, 1/313).
Saya berpendapat, waktu imsak adalah waktu untuk bersiap sedia ke masjid bagi menunaikan solat Subuh. Ulama kita sebelum inipun tidak peranah diketahui ada yang mengatakan puasa bermula dari waktu itu.
Wallahu’alam….
SUMBER
Categories
Agama,
Soal/Jawab
Dari Punk Metal Berhijrah Peluk Islam
Assalamualaikum!
Beliau adalah seorang yang terpelajar, graduan Universiti, tetapi
banyak perasaan marah terhadap kerajaan England, marah terhadap orang
sekeliling dan disebabkan perasaan marah tu, beliau menjadi pemuzik
‘Punk Rock’ dan beliau sendiri mengaku beliau semasa zaman jahilnya,
adalah seperti Iblis, begitu hina beliau rasa semasa beliau jahil kerana
cara kehidupan beliau. Rakaman ini, sebenarnya membuatkan kita rasa
sangat malu dengan diri sendiri. Malu dengan brother Abdul Malik
(walaupun tak pernah berjumpa).
Kenapa kita patut malu? Sebab kita dilahirkan Islam, dilahirkan di dalam keluarga Islam; agama yang SEBENAR-BENAR AGAMA. Akan tetapi apabila nak belajar tentang bab ilmu agama, kita ambil sambil lewa. Bukan tidak dihantar belajar agama, akan tetapi, tidak ada rasa ‘nikmat’ dan ‘manis’ dalam agama sendiri. Masa kecik, kita solat sebab takut dipukul, mengaji sebab mak/ayah paksa kita mengaji. Seolah-olah tidak diberi penerangan KENAPA kita mesti mengaji, KENAPA manisnya beribadah, KENAPA kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam. Bila diberi penerangan tentang dosa dan pahala, tidak dapat digambarkan ngerinya neraka dan indahnya syurga.
Kenapa beliau cakap macam tu? Revert bermaksud berbalik. Convert bermaksud mengubah. Jadi pada beliau, oleh kerana Islam adalah agama yang sebenar, semua yang bukan beragama Islam sepatutnya BERBALIK kepada Islam.
Kalau yang diluar agama dia berkata supaya BERBALIK, apa lagi kita yang memang sudah Islam? Bila masa kita nak ‘berbalik’ ke Al-Quran dan Sunnah?
10 malam terakhir Ramadhan kali ini, jangan sia-siakan. Kejarlah Lailatul Qadar seolah-olah ini adalah Ramadhan terakhir mu wahai sahabat.

Selebriti sesat mengaku rasul
Assalamualaikum!
KUALA LUMPUR: Mengaku dirinya rasul, mampu mengampunkan dosa pengikut, tsunami berlaku atas kuasanya dan menafikan kewajiban menunaikan solat serta puasa antara fahaman sesat yang kini didakwa disebarkan seorang selebriti terkenal tanah air.
Selebriti terbabit bukan saja menyebarkan fahaman yang ternyata melanggar hukum syarak, tetapi lebih mengejutkan apabila dia mengakui dirinya mampu memberikan syafaat kepada pengikutnya pada hari akhirat kelak.
Sumber yang juga bekas pengikutnya, hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 30, berkata, penyebaran dakyah menyimpang itu mula dilakukan selebriti terbabit lebih dua tahun lalu selepas mendakwa dirinya mendapat wahyu dan petunjuk daripada Allah.
“Dia juga memberitahu di akhirat kelak, dia bakal ditempatkan di barisan hadapan apabila semua manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar,” katanya kepada Harian Metro.
Selebriti lelaki yang terkenal dengan perwatakan warak itu sebelum ini jarang menimbulkan kontroversi sepanjang membabitkan diri dalam industri seni, justeru pendedahan dilakukan beberapa pengikutnya amat mengejutkan.
Harian Metro

Ajaran sesat,
Berita
Tips Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar
Assalamualaikum!
Tips Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam qadar ialah :

- Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
- Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
- Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir
ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh
keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya
pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.
Wallahu’alam….
Langgan:
Catatan (Atom)