Assalamualaikum!
Pada ka’bah kita sering melihat adanya Kiswah (kain / selimut hitam
penutup Kaabah). Tujuan dari pemasangan kain itu adalah untuk melindungi
dinding ka’bah dari kotoran, debu, dan panas yang boleh membuatnya
menjadi rosak. Selain itu kiswah juga berfungsi sebagai hiasan ka’bah.
Menurut sejarah, Kaabah sudah diberi kiswah sejak zaman Nabi Ismail
AS, putra Nabi Ibrahim AS.
Namun tidak ada catatan yang menyatakan
kiswah pada zaman Nabi Ismail diperbuat daripada apa dan berwarna apa.
Baru pada masa kepemimpinan Raja Himyar Asad Abu Bakr dari Yaman,
disebutkan kiswah yang melindungi Kaabah diperbuat daripada kain
tenunan.
Polisi Raja Himyar untuk memasang kiswah sesuai dengan tradisi Arab
yang berkembang sejak zaman Ismail as diikuti oleh para penerusnya. Pada
masa Qusay bin Kilab, salah seorang leluhur Nabi Muhammad yang
terkemuka, pemasangan kiswah pada Kaabah menjadi tanggung jawab
masyarakat Arab dari suku Quraisy.
Nabi Muhammad SAW sendiri juga pernah memerintahkan pembuatan kiswah
dari kain yang berasal dari Yaman. Sedangkan empat khalifah penerus Nabi
Muhammad yang termasuk dalam Khulafa al-Rasyidin memerintahkan
pembuatan kiswah daripada kain benang kapas.
Sementara itu, pada era kekhalifahan Abbasiyah, Khalifah ke-4
al-Mahdi memerintahkan supaya kiswah dibuat daripada kain sutera Khuz.
Pada masa pemerintahannya, kiswah didatangkan dari Mesir dan Yaman.
Menurut catatan sejarah, kiswah tidak semestinya berwarna hitam pekat
seperti saat ini. Kiswah pertama yang dibuat dari kain tenunan Yaman
berwarna merah dan berjalu-lajur. Sedangkan pada masa Khalifah Mamun
ar-Rasyid, kiswah dibuat dengan warna dasar putih. Kiswah juga pernah
dibuat berwarna hijau atas perintah Khalifah an-Nasir dari Bani
Abbasiyah (sekitar abad 16 M) dan kiswah juga pernah dibuat berwarna
kuning berdasarkan perintah Muhammad bin Sabaktakin.
Penggantian kiswah yang berwarna-warni dari tahun ke tahun, rupanya
mengusik benak khalifah al-Mamun dari Dinasti Abbasiyah, hingga akhirnya
memutuskan bahawa sebaiknya warna kiswah itu tetap dari masa ke semasa
iaitu hitam. Hingga saat ini, kiswah diganti setiap tahun, tetapi
warnanya tetap hitam.
Pada era keemasan Islam, tanggung jawab pembuatan kiswah selalu
dilakukan oleh setiap khalifah yang sedang berkuasa di Hijaz, Arab Saudi
pada setiap masanya. Kiswah selalu menjadi tanggung jawab para
khalifah, beberapa raja di luar tanah Hijaz pernah menghadiahkan kiswah
kepada pemerintah Hijaz.
Dulu, kiswah yang diperbuat daripada sutera hitam pernah didatangkan
dari Mesir yang biayanya diambil dari Pemerintahan Kerajaan Mesir.
Tradisi penghantaran kiswah daripada Mesir ini bermula pada zaman Sultan
Sulaiman yang memerintah Mesir pada sekitar tahun 950-an H sampai masa
pemerintahan Muhammad Ali Pasya sekitar akhir tahun 1920-an.
Setiap tahun, kiswah-kiswah indah yang diperbuat di Mesir itu
dihantar ke Makkah melewati jalan darat menggunakan tandu indah yang
disebut mahmal. Kiswah beserta hadiah-hadiah lain di dalam mahmal datang
bersama rombongan haji dari Mesir yang diketuai oleh seorang amirul
hajj.
Amirul hajj itu dilantik secara rasmi oleh pemerintah kerajaan Mesir.
Dari Mesir, setelah upacara serah terima, mahmal yang dikawal tentera
Mesir berangkat ke terusan Suez dengan kapal khusus hingga ke Pelabuhan
Jeddah. Setibanya di Hijaz, mahmal tersebut diarak dengan upacara yang
sangat meriah menuju ke Mekah.
Penghantaran kiswah dari Mesir pernah terlambat hingga awal bulan
Zulhijjah. Hal itu berlaku selepas meletusnya Perang Dunia I. Kelewatan
penghantaran kiswah terjadi akibat suasana yang tidak selamat dan
kondusif akibat Perang Dunia I.
Melihat situasi yang kurang baik pada saat itu, Raja Ibnu Saud
(pengasas Kerajaan Arab Saudi) mengambil keputusan untuk segera membuat
kiswah sendiri mengingat pada tarikh 10 Zulhijjah, kiswah lama harus
diganti dengan kiswah yang baru. Usaha tersebut berjaya dengan pendirian
syarikat tenun yang terdapat di Kampung Jiyad, Mekah
.
Selepas Perang Dunia I berakhir, Raja Farouq I dari Mesir kembali
mengirimkan kiswah ke tanah Hijaz. Namun melihat akan pelbagai situasi
pada saat itu, pemerintah Kerajaan Arab Saudi di bawah Raja Abdul Aziz
Bin Saud memutuskan untuk membuat kilang kiswah sendiri pada 1931 di
Makkah. Hingga akhirnya kiswah dibuat di Arab Saudi hingga saat ini.
Kain kiswah mempunyai keunikan dan keunggulan yang tersendiri.
Pintalan-pintalan benang berwarna emas mahupun perak bersatu padu
merangkai barisan kalam Ilahi. kiswah menjadi sangat berharga, bukan
hanya kerana firman-firman Allah SWT yang suci yang dipintal pada
kiswah, tetapi juga kerana keindahan dan eksotisme pintalan benang
berwarna emas dan perak di permukaannya.
Perpaduan warna emas dan perak pada kaligrafi yang menghiasi kiswah
tersebut memiliki nilai seni yang luar biasa. Sebab pembuatannya
memerlukan skill dan bakat yang luar biasa kerana tidak semua orang
mampu membuat seni seindah itu. Kiswah merupakan simbol kekuatan,
kesederhanaan juga keagungan.
SUMBER: DENAI ISLAM
FB Fan Page
Statistik
Catatan Wajib Baca
-
Assalamualaikum! Menjalani kehidupan dengan gemar mengumpat orang adalah satu perbuatan yang amat ditegah dalam Islam. Mengumpat adal...
-
Assalamualaikum! Azab Kubur - Mayat Dikebumikan Dalam Kubur Yang Dipenuhi Air Pak abu mengamuk lagi. Kedua tamu di hadapannya di tata...
-
Assalamualaikum! Satu kejadian yang amat aneh telah berlaku di Garie, Australia yang mana kelihatan langit telah dipaparkan ...
-
Assalamualaikum! Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramid di mesir, inilah semua kea...
-
Assalamualaikum! Azab Kubur Yang Menggerikan Kerana Bertatoo Salib Di Dada Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar. Seorang ham...
-
Assalamualaikum! GAMBAR HIASAN Kisah Allah Dan Malaikat Izrail Serta Penciptaan Maut Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kema...
-
Assalamualaikum! Terdapat satu laporan di mana ada penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan dijumpai ketika pekerja sedan...
-
Assalamualaikum! Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa yang senang Allah mengabulkan doanya ketika dalam kea...
-
Assalamualaikum! Tidur Semasa Azan Penyebab Mayat Jadi Berat ? Soalan : Adakah sebab kita baring atau tidur semasa azan menjadi se...
-
Assalamualaikum! Hanover, Jerman - Gambar yang anda lihat diatas adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru saja 15 ming...
Sahabat Eida
Rabu, 15 Ogos 2012
Bagaimanakah Memustajabkan Doa Ramadan?
Assalamualaikum!
Doa! Semua insan inginkan agar doanya mustajab. Hidup tanpa doa adalah satu kemusnahan. Banyak perkara yang kita perlu mohon kepada Allah. Bukan sahaja nikmat atau cita-cita yang diidamkan pada masa hadapan, namun kita juga perlu memohon agar tidak dihilangkan nikmat dan cita yang telah dicapai. Insan sentiasa memerlukan Tuhan dalam hidupnya. Kehidupan ini jauh lebih besar dari kudrat seorang insan untuk dia mengawalnya. Betapa ramai para penguasa yang merasai diri mereka hebat, tetapi akhirnya tumbang dan tewas. Betapa canggih dan teguh kapal ‘Titanic’ yang bina, namun tenggelam selepas beberapa hari belayar. Siapakah yang menguasai alam?! Allah, Allah dan Allah. Awal dan akhir. Zahir dan batin.
Semakin dekat insan dengan Allah, semakin mustajab doanya.
Kemustajaban doa sangat berkait dengan kekusyukan jiwa hamba yang
berdoa. Semakin tertumpu perasaannya kepada kebesaran Allah, semakin
pantas doanya dimustajabkan. Sebenarnya, bukannya susah untuk berdoa,
tetapi yang susah ialah mencari jiwa yang khusyuk yang menyebabkan doa
mustajab. Ramai orang tersalah sangka dalam hal ini. Mereka hanya
tertumpu kepada waktu, ungkapan dan tempat berdoa tetapi melupai perkara
asas iaitu kekhusyukan diri insan yang berdoa itu. Maka jangan hairan
jika ada insan yang tidak dimustajabkan doanya sekalipun dia berada di
Mekah, ataupun berada pada bulan Ramadan. Walaupun unsur tempat yang
mustajab ataupun waktu mustajab telah dipenuhi, namun dia gagal memenuhi
perkara yang asasi iaitu jiwa yang khusyuk yang benar-benar memohon
dengan penuh erti seorang hamba. Tumpuan perasaan kepada Tuhan dengan
penuh kerendahan diri dan harapan. Jika unsur itu dipenuhi, kemudian
diikuti dengan tempat ataupun waktu yang mustajab maka doa menjadi amat
mustajab.
Setelah kita memahami hal ini, maka kita cuba memahami bahawa Allah menjanjikan untuk memustajabkan doa mereka yang berpuasa. Ini kerana, puasa pada bulan Ramadan dapat membentuk jiwa yang khusyuk. Ramadan pula waktu yang Allah sayang disebabkan bulan pilihanNYA dan suasana hamba-hambaNYA taat kepadaNYA. Maka Allah setelah menyebut tentang kewajiban berpuasa pada bulan Ramadan, maka Allah ikuti dengan janjiNYA di mana DIA berfirman: (maksudnya):
Setiap manusia yang hidup pada waktu ini akan memasuki Ramadan.
Muslim dan juga bukan muslim. Mereka yang berpuasa dan juga mereka yang
bermaksiat. Apakah setiap orang dimustajabkan doa mereka pada bulan
Ramadan? Sudah pasti bukan demikian fahaman yang betul. Doa
dimustajabkan apabila insan itu berpuasa. Puasa itu mendatangkan pahala.
Puasa itu juga mendidik rohani agar tunduk kepada kehendak Allah. Puasa
menyuburkan keikhlasan dalam jiwa. Lantas puasa membentuk kekhusyukan
yang luar biasa. Dengan itu doa orang yang berpuasa dimustajabkan.
Sesiapa yang berpuasa dalam ertikata yang sebenar akan dapat merasai perbezaan jiwanya. Lebih mendalam dia menghayati puasanya pada hati, lidah dan tingkah, maka bertambahlah kekhusyukan jiwanya. Bertambah pula sayang Allah kepadanya. Apabila dia berbuka puasa, dia telah menyempurnakan arahan Allah. Sayang Allah melimpah kepadanya. Maka Nabi s.a.w bersabda: Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
Wallahu’alam….
SUMBER
Doa! Semua insan inginkan agar doanya mustajab. Hidup tanpa doa adalah satu kemusnahan. Banyak perkara yang kita perlu mohon kepada Allah. Bukan sahaja nikmat atau cita-cita yang diidamkan pada masa hadapan, namun kita juga perlu memohon agar tidak dihilangkan nikmat dan cita yang telah dicapai. Insan sentiasa memerlukan Tuhan dalam hidupnya. Kehidupan ini jauh lebih besar dari kudrat seorang insan untuk dia mengawalnya. Betapa ramai para penguasa yang merasai diri mereka hebat, tetapi akhirnya tumbang dan tewas. Betapa canggih dan teguh kapal ‘Titanic’ yang bina, namun tenggelam selepas beberapa hari belayar. Siapakah yang menguasai alam?! Allah, Allah dan Allah. Awal dan akhir. Zahir dan batin.
Peranan Jiwa
Setelah kita memahami hal ini, maka kita cuba memahami bahawa Allah menjanjikan untuk memustajabkan doa mereka yang berpuasa. Ini kerana, puasa pada bulan Ramadan dapat membentuk jiwa yang khusyuk. Ramadan pula waktu yang Allah sayang disebabkan bulan pilihanNYA dan suasana hamba-hambaNYA taat kepadaNYA. Maka Allah setelah menyebut tentang kewajiban berpuasa pada bulan Ramadan, maka Allah ikuti dengan janjiNYA di mana DIA berfirman: (maksudnya):
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah: 186).
Kesucian Nurani
Sesiapa yang berpuasa dalam ertikata yang sebenar akan dapat merasai perbezaan jiwanya. Lebih mendalam dia menghayati puasanya pada hati, lidah dan tingkah, maka bertambahlah kekhusyukan jiwanya. Bertambah pula sayang Allah kepadanya. Apabila dia berbuka puasa, dia telah menyempurnakan arahan Allah. Sayang Allah melimpah kepadanya. Maka Nabi s.a.w bersabda: Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka”. (Riwayat Ibn Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dll. Sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ahmad Syakir dalam ‘Umdah al-Tafsir menilainya sahih).Al-Munawi menukilkan satu pendapat yang menyebut: “Dikhususkan untuk umat ini mengenai doa dalam firman Allah: (maksudnya)
“Berdoalah kepadaKU nescaya AKU mustajabkan untuk kamu” (Al-Ghafir: 60). Itu asalnya untuk para nabi. Kemudian diberikan kepada umat ini apa yang diberikan kepada para nabi a.s. Namun, urusan umat ini bercampur baur disebabkan nafsu menguasai jantung hati mereka maka ia pun terhijablah. Maka, puasa itu mencegah nafsu. Apabila seseorang meninggalkan syahwatnya, maka bersihlah jantung hatinya serta bersinarlah cahaya maka dimustajabkan doa. Maka hadis ini dan yang seumpamanya hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan hak puasa dengan sebenarnya. Dia memelihara lidah, jiwa dan perbuatannya”. (Al-Munawi, Faidh al-Qadir 2/634, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).Justeru, Ramadan bulan diberkati. Puasa pula menjadikan kita bersih jiwa dan nurani. Gabungan keberkatan bulan dan kebersihan jiwa menjadikan doa kita mustajab. Jika sekadar bulan yang diberkati sedangkan jiwa kita tetap kotor, maka janji Allah ini mungkin tidak untuk kita.
Wallahu’alam….
SUMBER
12 Jenis Barisan Manusia Menuju Ke Akhirat
Assalamualaikum!
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
“Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat”.
Firman Allah ‘aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka”.
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah.
“mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.”
Rasulullah saw bersabda “sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking.
“mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut.
“Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar.
“Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan .
Mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah “tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka”.
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh .
Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan “mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T”
Wallahu’alam….
SUMBER
Barisan pertama:

Barisan ke-2:

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking.
“mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut.
“Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar.
“Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.
Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan .
Mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah “tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka”.
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh .
Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan “mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T”
Wallahu’alam….
SUMBER
Azab Kubur Yang Menggerikan Kerana Bertatoo Salib Di Dada
Assalamualaikum!
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak, Fikir-fikirkan.

Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.
Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam. Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur. Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa. Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu. Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri. Cintai Allah, Cintai Islam.
Pengajaran cerita:
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa dan beriman. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa.
Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.

“Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak, Fikir-fikirkan.
Wallahu’alam….
SUBHANALLAH..Anak Enggan Urus Jenazah Bapa.
Assalamualaikum!
JOHOR BAHRU: Dua anak bukan saja tidak mengendahkan kematian bapa berusia 80 tahun di Pusat Warga Emas Nur Ehsan Kempas di sini, dengan alasan sibuk berpuasa malah hanya datang dua hari kemudian bagi menuntut kad pengenalan arwah kerana warga emas itu dikatakan memiliki 10 unit rumah sewa sekitar bandar raya ini.
Kejadian yang berlaku pada 27Julai lalu didedahkan Pengurus Pusat Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, semalam.
“Dua beradik berusia 40-an dan 50-an terbabit tidak menghiraukan jenazah bapa mereka sebaliknya hanya berminat menuntut dokumen pengenalan diri arwah yang hanya dikenali sebagai Pak Salleh itu.
“Dua beradik terbabit, seorang lelaki serta seorang perempuan dari Kampung Melayu juga Tampoi,” katanya, semalam.
Menurut Norijah, sebelum ini, kedua-dua anak Pak Salleh yang bekerja di syarikat swasta di sekitar bandar raya ini kerap memberi alasan sibuk bekerja hingga tidak dapat mengunjungi warga emas itu atau membawanya pulang setiap Aidilfitri sejak lima tahun lalu. Katanya, dua beradik itu tetap memberi alasan sama ketika pihaknya memaklumkan berkaitan keadaan kesihatan Pak Salleh yang semakin terjejas akibat sakit tua.
“Sebelum ini kami sangka mereka memang sibuk bekerja hingga gagal menjenguk Pak Salleh namun tidak menduga mereka sanggup lepas tangan berkaitan pengurusan pengebumian arwah bapa kandung,” katanya.
Menurut Norijah, Pak Salleh meninggal dunia pada jam 7 petang, 27 Julai lalu sebelum pihaknya menghubungi dua beradik terbabit untuk memaklumkan perkara berkenaan.
“Mereka langsung tidak sayu dengan berita menyedihkan itu sebaliknya menyatakan sedang sibuk berbuka puasa bersama keluarga,” katanya.
Menurut Norijah, dia yang kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab dua beradik itu melaporkan kejadian di Balai Polis Bukit Kempas, namun kedua-dua anaknya masih gagal menguruskan pengebumian Pak Salleh.
“Malah mereka sanggup membayar sejumlah wang kepada kami untuk mengebumikan Pak Salleh,” katanya.
Menurut Norijah, dua hari selepas kematian bapa, anak perempuan arwah mengunjungi pusat jagaan berkenaan menuntut kad pengenalan arwah bapanya kerana mendakwa Pak Salleh memiliki 10 unit rumah sewa dan dokumen itu diperlukan untuk melakukan urusan pindah milik harta di antaranya serta adik lelakinya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada Warga Emas Nur Ehsan di Jalan Denai 1, Kempas anjuran Yayasan Lace Motor.
Hadir menyampaikan sumbangan baju dan biskut raya pemilik Yayasan Lace Motor, Datuk Rokiah Omar dan Pengurus Lace Motor, Datuk Yahaya Jaafar.
Sementara itu, anak perempuan warga emas itu ketika dihubungi enggan mengulas berkaitan kejadian menimpa arwah bapanya.
Harian Metro

Categories
Berita
Pokok Pisang Pelik Yang Mengeluarkan Darah
Assalamualaikum!
Penduduk setempat di Bojonegoro, Jawa Timur Indonesia terkejut apabila mendapati sebatang pokok pisang mengeluarkan cecair seperti darah apabila pokok tersebut ditoreh dengan benda tajam.
Secara lazimnya, pokok pisang ataupun di bahagian batangnya, jika ditoreh ia akan mengeluarkan getah yang berwarna putih kejernihan. Namun demikian terdapat sepohon pokok pisang di Bojonegoro, Jawa Timur Indonesia mengeluarkan buah yang kelihatan seperti nenas manakala pohonnya mengeluarkan cecair berwarna merah seperti darah apabila ia ditusuk dengan benda tajam.
Sudah seminggu rumah saya didatangi ramai orang yang ingin menyaksikan pohon pisang aneh ini,” kata pemilik pohon itu, Sutrisno kepada wartawan Detikcom ketika ditemui dirumahnya.
Bahagian tengah pohon itu dibalut dengan kain berwarna putih yang digunakan untuk membalut mayat bagi mengelak orang ramai menusuknya semata-mata untuk melihat cecair berwarna merah keluar.
Menurut Sutrisno, pohon pisang itu tidak menunjukkan sebarang tanda keganjilan apabila ia masih kecil.
Namun, selepas pohon itu membesar, ia mula mengeluarkan buah aneh seperti nanas dan mengeluarkan cecair berwarna merah apabila ditusuk.
Menurutnya, sebulan sebelum pohon pisang itu mengeluarkan cecair berwarna merah, dia bermimpi air telaga di rumahnya melimpah.

Langgan:
Catatan (Atom)