Assalamualaikum!
Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah
piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina.
Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang
digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat
batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak
bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik
pembinaan piramid ini?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu
berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah
liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa
batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang
dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan
batu asalnya.
Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan
Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan
perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan
sebuah ayat Al Quran yang berikut:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ
إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي
صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي
لَأَظُنُّهُ مِنَ
الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui
Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT
kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik
melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia
dari orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)
(Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu
kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang
mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor
di batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid
yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri
dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari
olahan tanah liat.
Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American
Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis
slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak
mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram.
Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan
dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga
terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke
dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang
sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu
diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar
untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap
batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu
diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron,
ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu
buatan manusia.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah
bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di
puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun
melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa
piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian
yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu
lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa
batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa
kaedah ini tersebar luas di masa lalu.
Kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak
ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun
Firaun.
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan
bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui
dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat.
Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid,
bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.
Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak
pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar
tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan
tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu
yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak
pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina
monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun
selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina
monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi
Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan
petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya,
dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu
kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi
saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
Wallahu’alam….
Sumber: akakdisebalikpintu.blogspot.com
0 Komen Di Sini:
Catat Ulasan