mct7Y-n1tpPGqpa7Shoetc-t4AE 02/26/13 | Islam Itu Simple Blogger Widgets

Sahabat Eida

Selasa, 26 Februari 2013

Keluarga bertakwa sama-sama kecapi kebahagiaan

Nukilan Unknown Pada 5:08 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum! 


Daripada Sahal bin Saad, Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga terdapat sebatang pokok yang naungannya tidak terlewat (tidak terlepas dilalui di bawahnya) oleh seorang pengendara selama 100 tahun.” (Riwayat Muslim) 


Allah berfirman bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” (Surah Ali-Imraan, ayat 133) 


Sememangnya syurga itu sungguh luas dan setiap manusia menginginkan syurga di akhirat. Syurga, dalam al-Quran, disebut Jannah. Penghuninya ialah orang yang bertakwa. Alangkah bahagianya jika kita dapat membimbing diri, anak dan isteri kepada cara hidup yang diredai Allah sehinggakan semuanya terselamat daripada api neraka. 


Syurga itu sungguh luas dan setiap manusia menginginkan syurga di akhirat"


Kebahagiaan dunia, akhirat



Sebuah keluarga yang bertakwa bukan saja akan bersama-sama mengecap kebahagiaan di dunia tetapi di akhirat juga mereka akan berkumpul lagi untuk kehidupan yang selama-lamanya. 



Firman Allah SWT: “Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang yang mengerjakan amal soleh daripada ibu bapa mereka dan isteri mereka serta anak-anak mereka sedang malaikat pula akan masuk kepada mereka dari setiap pintu.” (Surah ar-Ra’d, ayat 23) 


Wallahu’alam….

Perbuatan ukur keimanan

Nukilan Unknown Pada 5:01 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum! 


Tiga perkara asas ialah keyakinan dalam hati, hadir dalam tutur kata dan amal syariat Islam

Sesungguhnya Islam menggalakkan umatnya berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran yang dimaksudkan meliputi pelbagai keadaan sama ada dengan hati, percakapan mahupun tindakan. Malah kita disuruh oleh Allah SWT memohon ditunjukkan jalan kebenaran iaitu jalan mereka yang berjaya di sisi Allah SWT dan beroleh nikmat daripada-Nya. 
Nikmat yang cukup besar bagi manusia apabila dia berada dalam cara hidup Islam. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT: “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus (benar), iaitu jalan-jalan yang Engkau berikan kepada mereka nikmat-nikmat dan bukanlah jalan mereka yang dibenci dan juga bukan pula jalan mereka yang sesat.” (Surah al-Fatihah, ayat 6-7) 

Wahai orang yang beriman, mengapakah kamu berkata-kata tetapi kamu tidak melaksanakannya? Sesungguhnya amat besar kebencian Allah bagi mereka yang berkata-kata namun tidak melakukannya" Surah al-Saff (ayat 2-3)

Bagi umat manusia kebenaran itu diukur oleh neraca agama iaitu syariat Islam. Jika sesuatu tindakan itu bertepatan dengan kehendak syariat maka seseorang itu berada di atas jalan kebenaran.

Namun jika seseorang itu melakukan sesuatu yang dilarang Allah SWT dan juga Rasul-Nya maka dia sebenarnya telah menjerumuskan dirinya kepada kebencian di sisi Allah SWT. Maka pada ketika itu manusia hidup dalam kegelapan dan kesesatan.
 

Islam Itu Simple Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea