mct7Y-n1tpPGqpa7Shoetc-t4AE 06/25/12 | Islam Itu Simple Blogger Widgets

Sahabat Eida

Isnin, 25 Jun 2012

Dahulu benci kini cintai Islam

Nukilan Unknown Pada 11:11 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum!

RABU, 10 Februari 2010, kota New York dilanda salji tebal. Sejak tengah malam, salji turun tanpa henti-henti membuatkan jalan raya menjadi licin dan sepi.

Kebanyakan warga kota metropolitan itu memilih duduk di rumah sahaja. Pelbagai institusi ditutup sementara, termasuk sekolah-sekolah.

Begitu juga dengan Imam Masjid Pusat Kebudayaan Islam New York, Mohamed Shamsi Ali yang cukup malas untuk meninggalkan rumah pagi itu. Tetapi beliau tetap menguatkan langkah menuju pejabat Pusat Kebudayaan Islam New York untuk mengimamkan solat Zuhur dan seterusnya, Asar.

Lazimnya, ketika musim sejuk para jemaah meminta untuk menjamakkan solat sebagai satu rukhsah.
Setibanya di pusat itu, beliau segera menuju ke ruang solat, selain memastikan alat pemanas berfungsi dan mendirikan solat sunat.

Tiba-tiba, beliau diberitahu ada tetamu ingin bertemu.

Selesai solat sunat tahiyatul masjid Mohamed Shamsi segera menuju ke pejabat.

Menunggu beliau di sana ialah seorang pemuda yang mengaku telah banyak membaca, belajar dan mengamati mengenai agama.

Namun, apa yang mengejutkan ialah pemuda itu menyuarakan kemarahan dan kebenciannya terhadap agama Islam.

"Saya merasa agama ini dan para pengikutnya telah menyerbu (menyerang) negara saya (Amerika Syarikat)," kata pemuda itu serius.

Pendidikan agama, kerohanian bendung gejala luar tabii

Nukilan Unknown Pada 8:22 PTG 0 Komen Di Sini
ISLAM menghormati hak dan undang-undang masyarakat bukan Islam walaupun tingkah laku dan corak hidup mereka bertentangan syariah Islam. Ini asas kepada pembentukan masyarakat majmuk dalam negara Islam.

Gay dan lesbian adalah salah satu corak kehidupan Barat. Banyak gereja di Barat merestui perkahwinan sejenis dan melantik gay dan lesbian menjadi bishop serta paderi antaranya; Gereja Evangelical Lutheran di Kanada dan Denmark, Gereja Norway, Gereja Finland dan Gereja Sweden.

Gay , lesbian dan homoseksual diterima gereja tertentu berdasarkan kepada kefahaman doktrin agama dianuti mereka. Umat Islam tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan doktrin dan reformasi yang wujud dalam gereja dan agama Kristian.

Ulama sepatutnya lebih tekun menyebarkan agama dan memantapkan kerohanian supaya tingkah laku orang Islam serta keperibadian mereka tidak bertentangan dengan ajaran Islam
Perkara utama perlu dilakukan umat Islam masa kini ialah menumpukan perhatian kepada pendidikan kerohanian dan agama kepada masyarakat Islam supaya gay, lesbian serta homoseksual tidak menjadi budaya umat Islam.

Masyarakat sekular di Barat mudah terdedah kepada corak kehidupan gay, lesbian dan homoseksual akibat kehausan kerohanian yang tidak disulami nilai agama.

Corak kehidupan individualistik dan materialistik yang melanda barat menghasilkan sosiobudaya serta masyarakat yang lebih mengutamakan bisikan hati, hawa nafsu daripada akal atau intelek dalam mengendalikan urusan peribadi.

Usah tertipu, jadi hamba pesona dunia

Nukilan Unknown Pada 8:15 PTG 0 Komen Di Sini
Umat Islam tak wajar lalai, abai tuntutan alam akhirat

NILAI kehidupan dunia tidak diukur pada melimpah ruahnya harta, tingginya pangkat kedudukan, ataupun kesenangan duniawi belaka. Perlu diinsafi semua itu hanyalah bersifat sementara. Oleh itu, seorang Muslim janganlah menjadikan semua itu tujuan akhir atau matlamat kehidupan dunia. 

Jika diamati secara mendalam, al-Quran memberikan gambaran bahawa kehidupan dunia berada di bawah naungan keredaan Ilahi sebenarnya tidaklah membuatkan Muslim terlena dalam urusan dunia, dan melupakan kehidupan akhirat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
 Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.
 Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Surah Ali-Imran, ayat 185) 
Pertama, dunia digambarkan sebagai satu permainan sia-sia dan senda gurau melalaikan. Kesenangan dunia dinikmati insan tidak bersifat kekal. Untuk itu, setiap Muslim jangan mudah terpedaya silauan dunia dan jangan juga mudah lalai memberi perhatian urusan akhirat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah al-An’am, ayat 32)

Kedua, dunia itu perhiasan yang mempesonakan. Kehidupan dunia berupa wanita, keturunan, harta dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang ternak, sawah ladang, dan sebagainya hanyalah sebuah perhiasan, bukannya sesuatu yang bernilai di sisi Allah SWT.

Syak wasangka hapus sifat baik mukmin

Nukilan Unknown Pada 8:03 PTG 0 Komen Di Sini

 Oleh Ashraf Muslim

Penyakit hati boleh wujudkan permusuhan, semarak hasad dengki

PERNAH atau tidak dalam hati kita menaruh perasaan syak wasangka terhadap orang lain tanpa asas kukuh, tetapi hanya disebabkan prasangka yang menguasai hati serta pemikiran, ini penyakit yang berbahaya.

Sebab itu kita diminta sentiasa bersangka baik bagi mengelak wujud situasi atau perasaan negatif yang akhirnya mendorong melakukan perkara melanggar ajaran agama.
Jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi seseorang hamba-Nya, disegerakan bagi hamba itu balasan ketika di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hamba-Nya keburukan, ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya pada hari kiamat. Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredaan Allah dan siapa yang tidak reda maka dia akan menerima kemurkaan Allah. - Riwayat at-Tirmizi
Apabila hati dan pemikiran sudah dikuasai perasaan syak, akan wujud rasa tidak puas hati atau hendak marah dengan pihak lain boleh jadi ahli keluarga, pasangan kita, rakan dan teman sepejabat.

Selalunya apabila fikiran asyik memikirkan perkara negatif, inilah masa sangat disukai syaitan untuk menyucuk dan mengajak kita berfikir lebih jauh atau lebih buruk lagi mengenai orang itu.

Pelbagai skrip dimasukkan dalam pemikiran kita supaya perasaan syak wasangka itu terus menghantui diri dan hati, maka ketika itu timbul pula rasa ingin membalas dendam terhadap perbuatan disangkakan dilakukan orang itu.

Seperti isteri berprasangka buruk terhadap suami, jadi untuk memastikan perkara disyaki itu tidak berlaku, isteri perlu mengambil langkah awal dengan melakukan sesuatu.

 

Islam Itu Simple Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea