mct7Y-n1tpPGqpa7Shoetc-t4AE 06/27/12 | Islam Itu Simple Blogger Widgets

Sahabat Eida

Rabu, 27 Jun 2012

Subhanallah! Sujud syukur di lebuhraya

Nukilan Unknown Pada 11:51 PTG 0 Komen Di Sini

Assalamualaikum!


KUALA LUMPUR: Sebaik menerima berita kemenangan Dr. Mohamed Mursi (Presiden baru Mesir), mereka memberhentikan kereta lantas sujud tanda syukur di atas anugerah Allah.
Menurut seorang Imam yang baru pulang dari Mesir, beliau melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana lebuhraya yang beliau lalui dari ibu kota ke lapangan terbang Kaherah penuh dengan kereta berhenti.
Dan mereka berhenti bukan untuk membuang air kecil tetapi sujud syukur atas pengesahan kemenangan Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden baru Mesir.

“Ikhwanul Muslimin menang pilihan raya ini selepas 40 tahun berdakwah untuk menyedarkan rakyat Mesir kepentingan politik dalam Islam,” kata beliau kepada Harakahdaily.
Imam ini meninggalkan rumahnya kira-kira jam 1 tengahari menuju lapangan terbang walaupun penerbangannya dari Kaherah ke Kuala Lumpur hanya pada jam 11 malam.
“Namun kerana bimbang jalan jam, saya keluar awal. Bila sampai tengah jalan dalam jam 3.15 waktu Mesir, saya lihat banyak kereta berhenti dan penumpang serta pemandunya sujud di atas jalan raya itu.
“Barulah saya sedar, mereka membuat sujud syukur atas kemenangan Dr Mursi secara rasmi,” katanya
Dr Mursi diumumkan menang pilihan raya presiden Mesir kira-kira jam 10.30 malam waktu Malaysia Ahad lepas.
Kemenangan beliau diisytiharkan secara rasmi selepas seminggu pilihan raya itu selesai.
Kira-kira sejuta penyokong beliau berkumpul di Dataran Tahrir berkumpul bagi memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir mengumumkan Morsi sebagai pemenang kerana kiraan yang dibuat oleh Ikhwan sudah menunjukkan Morsi menang.



 SUMBER

WAJIB BACA INI!! BAGI PEMANDU KERETA

Nukilan Unknown Pada 7:26 PTG 0 Komen Di Sini
Assalamualaikum!

Artikel ini wajib dibaca semua pemandu kereta tak kira lelaki atau perempuan!

Kisah ini di ambil dari forum carigold.com..

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012




 Wallahu’alam….

Tip mendidik anak-anak

Nukilan Unknown Pada 7:03 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum!

 1.Didik anak kenal Allah.
2.Didik anak cinta Rasul.
3.Ibubapa jadi contoh.
4.Bercerita kisah nabi,sahabat,syurga dan neraka.
5.Didik anak kenal musuh iaitu syaitan.
6.Didik anak konsep pahala dan dosa.
7.Didik anak dengan penuh kasih sayang.
8.Sentiasa memberi hadiah.
9.Sentiasa memberi nasihat dan galakan.
10.Sentiasa bersama anak seperti solat bersama,makan bersama,cuti bersama.
11.Maafkan anak-anak.
12.Berdoa ayat 74 dari surah al Furqan.
Selamat beramal.terima kasih.




Bomoh masuk Islam di Sabah

Nukilan Unknown Pada 2:05 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum! 

Dadus binti Pamaju lahir pada 12.5.1925 dan kini berusia 87 tahun. Beliau adalah antara Bobolian yang sekian lama menjadi rujukan dalam hal perubatan masyarakat Dusun Kimaragang Tandek. Kemampuan beliau membaca mantera dalam ritual pengubatan selama 3 hari 3 malam merupakan kebiasaan baginya. Bukan itu sahaja, beliau bahkan telah melahirkan anak murid yang turut sama membantu beliau dalam mana-mana upacara penganut Pagan. Akhirnya, pada tanggal 23 Jun 2012 bersamaan bulan Syaaban, selepas solat Isyak beliau memeluk Islam. Katanya, sejak sekian lama dia telahpun mengetahui bahawa Islamlah agama benar. Sebelum pengislamannya, telah beberapa kali beliau menyatakan hasratnya memeluk Islam kepada cucunya. Katanya, "uruskan pengislaman saya sebelum saya sakit kuat".

SAR Kampung Salimandut merupakan kemuncak jawaban permasalahan mualaf yang sekian lama menjadi isu utama tulisan dan bicaraan Lebon Botong@ Nazri Abdullah. Selama bertahun, beliau menyuarakan isu mualaf yang tidak berpenghujung. Pengalaman demi pengalaman bersama mualaf dari segenap ceruk rantau Sabah, akhirnya menoktahkan permasalahan mualaf ini dengan pewujudan pusat pendidikan.

Atas kesedaran ini SAR Kampung Salimandut dibangunkan di tapak bergeran milik Botong Anjuk, ayah kepada Lebon Botong. Meskipun demikian, ia tidak lebih dari sebuah igauan andai tiada pihak yang tampil memberi sokongan. Muslimin dan muslimat, di mana saja kalian berada, jawatankuasa sekolah merayu agar kita bersama-sama membangunkan sekolah ini. Kalian semua dialu-alukan membuat sumbangan dalam bentuk material seperti bahan mentah untuk binaan bangunan atau wang ringgit.

Semua sumbangan tuan-tuan bolehlah disalurkan menerusi akaun sekolah ini sebagaimana telah kami paparkan sebelum ini. Semoga sumbangan tuan-tuan bakal menjadi saham akhirat, kelak. Klik SINI untuk lihat video

SAR KG. SALIMANDUT, TANDEK, KOTA MARUDU, NO AKAUN: 10016010085807 di BANK ISLAM
 
 
Nota: SAR = Sekolah Agama Rakyat


Wallahu’alam….

RENUNGILAH

Nukilan Unknown Pada 1:24 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum!

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Wallahu’alam….

25 Perkara yang tidak disukai suami

Nukilan Unknown Pada 1:16 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum!

Buat para Isteri dan bakal Isteri

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan ..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam, gula beras dan susu budak ....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber.... ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."


Masuk Islam Setelah Lihat Iklan Di Bas

Nukilan Unknown Pada 11:46 PG 0 Komen Di Sini
Assalamualaikum!

Kempen tentang Islam dengan cara memasang iklan di badan bas yang dilakukan oleh organisasi GainPeace di Chicago. Kegiatan yang dilakukan organisasi ini ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu membetulkan pandangan masyarakat Barat yang salah tentang Islam tetapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, seramai 17 warga Chicago yang menyatakan diri untuk masuk Islam.



Diantaranya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun berkeingan masuk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas.

“Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sedar bahawa itulah akhir dari petanda dimana saya harus melengkapi niat saya,” kata Toole.

Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun yang lalu, seorang lelaki memberinya sekeping risalah dan mengatakan ia akan mendapatkan pengetahuan dari risalah itu. “Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca,” Toole mengisahkan.

Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya,” sambung Toole sampai akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan “Got Questions? Get Answers” dan langsung menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.

Setelah mendapatkan penjelasan dan berdiskusi dengan pihak GainPeace, Toole mengucap syahadah pada Isnin, 29 September 2008. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.

Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran

Nukilan Unknown Pada 11:13 PG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum!

LAGOS, Nigeria – Seorang bayi telah dilahirkan bersama al-Quran dari rahim ibunya. Kejadian itu telah memeranjatkan ibunya dan mendapat perhatian dari kalangan ulama. Akhirnya ibunya memeluk agama Islam.

Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi. Kini satu kejadian menakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.



Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.


Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.

Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.



Melayukini

Nekad peluk Islam selepas bermimpi

Nukilan Unknown Pada 10:58 PG 0 Komen Di Sini
Kalsom Chin menunjukkan kad dia memeluk Islam ketika berusia 16 tahun.


Assalamualaikum!

ALOR SETAR – “Seorang lelaki berjanggut putih dengan berpakaian jubah putih datang kepada saya dengan menghulurkan kain putih,” itu mimpi yang pernah dilalui seorang saudara baru, Kalsom Chin Abdullah kira-kira 30 tahun lalu sebelum dia nekad memeluk Islam.

Kalsom Chin yang berasal dari Sungai Tiang, Pendang dan berketurunan Siam memeluk Islam seorang diri ketika dia masih berusia 16 tahun.




Biarpun usianya pada ketika itu masih remaja namun keinginan untuk memeluk Islam hadir sejak kecil apabila melihat keindahan yang ada pada agama Islam.

Menurutnya, salah satu yang menarik perhatian Kalsom Chin terhadap Islam termasuklah ketika mendengar alunan azan yang membuatkan dia berasa tenang.

“Banyak perkara mengenai Islam yang membuatkan jiwa ini tenang namun, saya menganggap apa yang berlaku adalah hidayah yang diberikan oleh ALLAH SWT.

“Setelah mendapat petunjuk termasuklah mimpi itu, saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam pada 3 Februari 1981,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Nyonya.

Selepas memeluk Islam Kalsom Chin tinggal di rumah saudara baru di Sungai Petani selama enam bulan sebelum mempelajari ilmu mengenai Islam dengan lebih mendalam di Pondok Jeneri, Sik.


 

Islam Itu Simple Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea