Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir). Di bawah ini ini di
nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri
anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir
mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah
cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar Pertama (1) – Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama
dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua
jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya
menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
‘Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah, dia tidak akan
mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari
itu’. [Riwayat al Bukhari]
Pagar Kedua (2) – Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim
yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal
ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T.
kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: ‘Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci” [Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]
Pagar Ketiga (3) – Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang
muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa
terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang
untuk mendampingi mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia
akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.’ [Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]
Pagar Keempat (4) – Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diridari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-
mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh
memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila
syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak
ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil
perlakuan syaitan tersebut
.
Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: ‘Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya’ [Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Pagar Kelima (5) – Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu
ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk
menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di
dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia
pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika
kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata :
Ertinya: ‘Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan’. [Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
Pagar Keenam (6) – Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan
adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa
‘Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah
Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan
keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah
isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan
perbuatan orang orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila
dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka
melakukan tipu daya’ [Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya
baik]
Pagar Ketujuh (7) – Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
‘Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi’.
‘Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi’.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
‘Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri sememangnya penipu’ (Riwayat al Bukhari.)
Wallahu’alam….