Assalamualaikum!
Melayukini.net – Gadis Pertikai Hukum Allah Diberi Balasan Serta Merta | Sebagai seorang hamba Allah, kita perlu tahu bahawa kita adalah insan yang lemah dicipta oleh Allah SWT. Maka jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka Dia akan berikan kepada siapa yang dikehendakinya. Di bawah ini terdapat sebuah kisah yang melibatkan seorang gadis. Gadis ini mempunyai imej yang bukan seperti seorang Islam. Ikuti kisah apakah yang menyebabkan gadis ini diberi balasan oleh Allah SWT.
Pada suatu hari, seorang gadis yang
terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini
untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun
tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya
agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan
bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di
dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai
pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai
dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik
daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan
liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan
dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang
mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan
aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri
tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat
sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak
ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu
memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau
neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang
sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek
panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan
telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang
lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di
Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong
tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut
mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang
ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan.
Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak
menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya
kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di
perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu
bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya
tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi
memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan
kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.
Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke
pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah
tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa
jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam
seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat
tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir
melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.
Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah?
Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah
benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan
hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau
mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus
kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya
dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah,
pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan
kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya
saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.
Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?
Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila
anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan
Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan
undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan
undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda
tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda
terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau
melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi
ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh
yang pemilik yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.
Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di
atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita
sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan
diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia
dan kini berada di perantauan sana.
Wallahu’alam….
SUMBER