mct7Y-n1tpPGqpa7Shoetc-t4AE 07/07/12 | Islam Itu Simple Blogger Widgets

Sahabat Eida

Sabtu, 7 Julai 2012

Formula Matematik Yang Wujud Dalam Al-Quran

Nukilan Unknown Pada 3:34 PTG 0 Komen Di Sini
Assalamualaikum!

Formula Matematik Yang Wujud Dalam Al-Quran
Di sini saya ingin kongsikan dengan saudara dan saudari, tips atau formula matematik untuk memudahkan anda menghafal kedudukan halaman muka surat Al-Quran bagi setiap Juzuk.

Tips ni hanya dapat digunakan untuk Al-Quran Mushaf Uthmani yang standard sahaja.

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman yang ke berapa :

1. 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8.

2. Letakkan nombor 2 selepas jawapan.

3. Jadi, juzuk 5 adalah terletak di halaman 82.

Sekarang lihat di dalam Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarik bukan?




Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman yang ke berapa :

1. 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18.

2. Letakkan nombor 2 selepas jawapan.

3. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182.



Contoh 3


Jika anda ingin mengetahui Juzuk 24 di halaman yang ke berapa :

1. 24-1 = 23, 23 perlu didarab dengan 2 jadi 23 x 2 = 46.

2. Letakkan nombor 2 selepas jawapan.

3. Jadi, juzuk 24 adalah pada halaman 462.



Wallahu’alam….


Sumber

Tip Bekalkan Tenaga Anak Kala Berpuasa

Nukilan Unknown Pada 3:25 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum!

Pemakanan kanak-kanak yang baru belajar berpuasa perlu dititikberatkan. Hal ini mustahak agar dia kekal bertenaga sepanjang hari dan mampu melengkapkan ujian berpuasa sebulan dengan sempurna.

Dalam mendidik anak-anak, semuanya harus dilakukan sejak dari usia kecil. Sama juga halnya dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Untuk peringkat permulaan, anda bolehlah meminta dia berpuasa mengikut kemampuan diri masing-masing. Tidak perlu memaksa dia untuk berpuasa penuh sehari. Apa yang penting, anda sudah mengorak langkah permulaan untuk mendidiknya makan secara sihat ketika melaksanakan rukun Islam ketiga ini.

Biar apa pun pilihannya, ketahuilah bahawa makanan adalah sumber penting dalam membekalkan tenaga kepada si kecil yang baru belajar untuk menunaikan ibadah puasa. Bagi anak anda yang hanya mampu berpuasa setengah hari pun, anda tetap perlu meneliti makanan yang diambilnya agar dia tidak mudah berasa lapar di pertengahan hari.

Agar usaha si anak berjaya melunaskan tuntutan berpuasa ini, anda memainkan peranan penting dalam mengatur rutin pemakanannya. Pemilihan makanan yang seimbang dan sihat ketika bersahur mahupun saat berbuka puasa adalah antara yang perlu anda ambil peduli. Justeru, panduan berikut boleh anda aplikasikan dalam membantu dia menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin.

Makanan Seimbang

Selain daripada makanan ruji biasa, paling penting lengkapkan pemakanannya dengan pengambilan makanan bersumberkan buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu makan sahur dan buka puasa. Dalam pada itu, adalah lebih baik jika anda dapat menggalakkannya untuk makan buah-buahan segar berbanding buah yang telah diolah menjadi makanan tertentu. Hal ini bagi memastikan dia mendapat khasiat sepenuhnya daripada pengambilan buah berkenaan.

Makanan Berserat

Sekiranya anak anda tidak berselera untuk makan nasi atau makan makanan berat ketika bersahur, gantikannya dengan pengambilan makanan berasaskan bijirin. Sebaik-baiknya bijirin penuh. Serat yang terkandung di dalam bijirin sebegini mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.

Tahukah anda bahawa pengambilan serat ketika berpuasa sangat penting kerana ia dapat melambatkan proses tubuh untuk berasa lapar. Malah, ia juga baik dalam melancarkan proses penghadaman. Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan kekacang menggalakkan penyerapan zat daripada makanan ke dalam tubuh. Manakala, serat tidak larut di dalam bijirin dan sayur-sayuran pula memastikan salur pencernaan bebas daripada sebarang halangan. Serat jenis ini turut menyerap air yang dapat membantu anak anda cepat kenyang.


Wallahu’alam….

Bolehkah 'Bohong Sunat' Pada Si Manja?

Nukilan Unknown Pada 3:03 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum!

Menjelaskan kepada si kecil tentang sesuatu perkara adakala terasa begitu mencabar. Bukan mudah untuk membuatkan anak-anak faham dan adakala ibu bapa mengambil jalan pintas dengan ‘berbohong sunat’. Persoalannya, wujudkan pembohongan yang ‘baik’ dalam dunia ini? Bolehkah ibu bapa menggunakan taktik ini dengan alasan untuk mengajar si manja agar menjadi budak baik?

‘Bohong Sunat’ sering ditafsirkan oleh ibu bapa sebagai satu pembohongan yang ‘terpaksa’ dilakukan atas alasan memberi kebaikan kepada si manjanya. Cara mudah ini diambil bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengaburi pemahaman si manjanya tentang sesuatu perkara. Mungkin perkara tersebut tidak sesuai untuk diketahui oleh si manjanya kerana masih terlalu kecil.

Misalnya, Lili yang baru berusia empat tahun sering diejek oleh rakan-rakan sepermainannya dengan panggilan ‘gendut’. Si mama selalu menghiburkan hati Lili dengan mengatakan bahawa Lili tidak gemuk dan meyakinkan si manjanya bahawa rakan-rakannya itu salah. Apabila sudah semakin besar Lili mula sedar dan faham bahawa mamanya telah membohonginya tentang konsep gemuk dan kurus. Ini menyebabkan Lili berasa kecewa dengan mamanya.

Walaupun kebanyakan ibu bapa beranggapan tidak salah seandainya melakukan ‘bohong sunat’ untuk sekali sekala, tetapi dari sisi psikologi ia boleh menjejaskan perkembangan si manja anda. Tidak wujud istilah ‘bohong sunat’ dalam kamus kehidupan ini. Hakikatnya, penipuan adalah satu sifat negatif dalam diri individu. Lebih parah lagi jika sifat tersebut didedahkan kepada si anak kecil. Bukankah kita akan mendidiknya menjadi insan yang tidak jujur?

Impak ‘Bohong Sunat’ Kepada Si Manja :

• Soal moral baik dan buruk tidak diajar dengan betul kepada si anak. Anda tidak mengatakan perkara sebenarnya kepada si manja.

• Menimbulkan kekeliruan dalam jiwa si manja. Anda tidak memberi contoh yang baik. Ini bakal mempengaruhi kehidupan sosialnya kelak.

• Menimbulkan tanda tanya dan rasa tidak selesa pada anak.

• Si anak akan mencontohi orang tuanya seandainya dia juga berada dalam situasi yang sama kelak. Sudah tentu anda tidak mahu si manja menjadi pembohong cilik, kan?

• Nilai-nilai pertimbangan si manja juga tidak berkembang. Si anak seolah-olah ‘terbiasa’ dengan jalan pintas. Padahal, si anak perlu memiliki kemampuan ‘analytic’ untuk belajar mengapa begini/mengapa begitu?

Jadi, apa yang anda harus lakukan? Pakar perkembangan kanak-kanak mengatakan bahawa yang terbaik ialah menghindari sikap berbohong. Selalulah menjawab dengan jujur dan beri si anak penjelasan yang sesuai dengan kemampuannya menyerap informasi.

Tanda-tanda Si Kecil Berbohong

Semua orang memang tidak dapat lari daripada sifat berbohong. Lazimnya, kita terpaksa berbohong apabila berada dalam keadaan terdesak atau ingin menyelamatkan diri. Sebagai ibu bapa pula, kita tidak mahu anak-anak kita mempunyai sikap gemar berbohong. Ada pepatah mengatakan; “Siakap senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong lama-lama mencuri. Jadi, jangan beri peluang kepada si manja anda untuk cuba berbohong walau dalam apa jua keadaan. Bagi mengelak keadaan jadi bertambah parah, si ibu perlu bijak mengesan pembohongan si anaknya. Mungkin tip berikut boleh membantu!

1. Perubahan Raut Wajah

Raut wajah atau ekspresi wajah si anak yang kelihatan seperti tidak tenang boleh memberi isyarat dia menyembunyikan sesuatu daripada anda. Ekspresi wajahnya serta gerak tubuhnya seperti hidung yang kembang kempis atau menggosok-gosokkan alisnya boleh menjadi isyarat yang paling hampir menandakan dia sedang berbohong.

2. Banyak Cakap

Si kecil yang berbohong selalunya akan berada dalam keadaan serba tidak kena. Ketika mereka berbohong, mereka akan cuba bercakap lebih banyak berbanding biasa. Anda boleh melihat jelas perbezaannya itu.

3. Kelainan Nada Suara

Disebabkan dia tahu bahawa berbohong adalah tidak baik, jadi mereka akan berbohong dengan menggunakan nada yang agak rendah. Cara mereka bercakap juga memang berbeza daripada kebiasaannya.

4. Berulang-gulang

Si manja akan mengulang perkara yang diceritakannya secara berulang-ulang kali agar si ibu mempercayainya.

5. Pendiam

Si manja sukar menjelaskan perasaannya kepada anda. Mungkin dia berada dalam dilema sama ada perlu jujur atau sebaliknya. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk berdiam diri.


Wallahu’alam….

 

Islam Itu Simple Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea