Assalamualaikum!
Secara kebiasaannya, lantai yang terdedah kepada cahaya panas terik
matahari akan mengalami suhu kepanasan yang melampau. Namun di Masjidil
Haram pula tidak begitu kerana lantainya mengalami suhu yang sejuk.
Mungkin ada di antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama ada
bagi menunaikan ibadah haji mahupun ibadah umrah. Namun bagi yang
berpengalaman ke sana, mungkin tertanya-tanya
mengapakah lantai di
Masjidil Haram tidak panas sedangkan cuaca pada ketika itu benar-benar
panas sehingga mencecah lebih 40 darjah.
Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang
berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar
Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.
Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di
bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini,
biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah
sekaligus melakukan umrah.
“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah
untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah
tinggal 23 tahun di Arab Saudi.
Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42
darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di
kisaran 37 darjah celcius.
Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.
Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.
Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.
Meski demikian yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki,
namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf
merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.
Ini berberda dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah.
Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas
bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas
tersebut.
Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza
180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning
service) di Masjidil Haram, Udin (40),
mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.
Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan
Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak
berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang.
Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima
meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul
Aziz sumbangan marmar terus berdatangan.
Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.
Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.
Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja
Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim,
sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.
Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan.
Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid
sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298
meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi
tempat tawaf.
Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah
ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi
dengan pengatur hawa dingin.
Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.
Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak
berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk
perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap
tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi
melaksanakan Rukun Islam ke-5.
Wallahu’alam….
SUMBER