mct7Y-n1tpPGqpa7Shoetc-t4AE 'ZIKIR' untuk SYAITAN | Islam Itu Simple Blogger Widgets

Sahabat Eida

Jumaat, 13 Julai 2012

'ZIKIR' untuk SYAITAN

Nukilan Unknown Pada 1:49 PTG
Assalamualaikum!



 

KUALA LUMPUR: Segelintir pengikut fanatik dan taksub fahaman black metal percaya zikir syaitan serta amalan khurafat yang dilakukan berhubung kait dengan ‘hari kebangkitan syaitan’ (Dajal) yang didakwa akan menguasai dunia. Kepercayaan terhadap hari kebangkitan syaitan itu jelas berjaya meresapi segelintir remaja yang terlalu mentah dan menerima konsep terbabit.
 
Malah, segelintir remaja yang cetek pengetahuan agama mula terjebak apabila mendengar lirik lagu black metal dengan makna memberontak terutama terhadap undang-undang dan hukum agama Islam.
Salah seorang remaja hanya mahu dikenali sebagai Wan, 17, berkata, kebanyakan lirik lagu black metal yang didengarnya sebelum ini mengagungkan kewujudan syaitan yang dianggap lebih berkuasa.

Menurutnya, beberapa kumpulan Black Metal tempatan seperti Annamolly, Nothing Uderneath, Samael & Abraham dan beberapa kumpulan lain kerap menggunakan lirik ‘keras’ bertentangan dengan akidah.

“Ada sesetengah remaja yang tidak memahami ‘maksud’ lirik ini akan terpukau dengan bunyi muzik Black Metal yang rancak dan bising.

“Namun bagi segelintir yang menghayati lirik…mereka mengetahui bahawa agenda sebenar muzik ini adalah ke arah kepada kepercayaan tiada Tuhan termasuk Allah SWT,” katanya.

Menurutnya, penggunaan kepala kambing serta meminum darah binatang sebagai membuktikan ketaksuban bukan sesuatu yang aneh dan baru berikutan amalan itu sudah wujud sejak beberapa dekad lalu.

“Saya pernah lihat ahli muzik black metal mengambil kepala kambing di dalam karung guni pada satu konsert sebelum ini.

Dia berkata, ketika konsert gig berlangsung, acara kemuncak adalah ahli kumpulan yang melakukan persembahan akan membalingkan kepala kambing kepada penonton sebelum disambut dengan jeritan.

“Penonton hadapan akan merebut kepala kambing itu lalu menadah ke mulut mereka. Adalah satu kebanggaan jika berjaya berbuat demikian,” katanya yang mendakwa konsert gig terbabit kerap dihebahkan kepada peminat melalui laman myspace.com di Internet.

“Walaupun bukan semua peminat aliran muzik black metal terlampau fanatik hingga sanggup melakukan perbuatan pelik terbabit, namun kebanyakan peminat di kalangan remaja belasan tahun mudah terjebak atau terikut-ikut dengan budaya sesat akibat ilmu agama yang cetek,” katanya.

Bezanya, kebanyakan remaja yang menggemari atau percaya terhadap dakyah khurafat Black Metal ini tidak lagi tampil dengan pakaian hitam dengan simbol bintang, salib terbalik, imej kepala kambing berbanding awal 90-an.

“Golongan ini kini tampak bersih. Namun pemikiran dan ketaksuban terhadap muzik black metal menyebabkan mereka mudah melenting jika ada pihak mengkritik mereka,” katanya.
Selepas tersiar laporan mengenai amalan sesat, zikir syaitan 666 Black Metal di muka hadapan Harian Metro semalam, pelbagai tindak balas diberikan pembaca mengenai gejala negatif yang dipercayai melanda dalam senyap segelintir remaja di negara ini.

Ada juga komen pengikut aliran muzik itu yang membidas laporan terbabit menerusi laman sembang popular Facebook termasuk mendakwa mengenali ramai pendengar muzik black metal tetapi mereka tak pernah tinggal sembahyang.

Malah, terdapat komen daripada seorang pembaca menggunakan Neraka sebagai satu daripada nama samarannya yang menyangkal pengakuan remaja seperti yang tersiar semalam.

Bagaimanapun ada juga komen positif yang meminta pihak berkenaan tidak menganggap isu ini sebagai perkara kecil walaupun sudah lama senyap
 Wallahu’alam….

SUMBER

0 Komen Di Sini:

 

Islam Itu Simple Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea