Assalamualaikum!
Artikel ini wajib dibaca semua pemandu kereta tak kira lelaki atau perempuan!
Kisah ini di ambil dari forum carigold.com..
Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri
yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang
wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.
Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting,
sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas
saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang
melalui lebuhraya tersebut.
Seorang lelaki berbangsa India
turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya
macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya
"Apa sudah jadi?"
"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.
"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.
Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul
bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak'
sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.
"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.
Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.
"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.
Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan
beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula
rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya
terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.
Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya
kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di
belakang.
Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk
saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di
dalam kereta.
"Besok saya call" kata saya.
"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.
Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada
sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat
saya berhenti tadi.
Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.
Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!
Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan
berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk
terjadi.
Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi
pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari
kerosakan kereta yang tidak seberapa.
Memang kita akan berasa
geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah
kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS
diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.
Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.
Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012
Wallahu’alam….
FB Fan Page
Statistik
Catatan Wajib Baca
-
Assalamualaikum! Menjalani kehidupan dengan gemar mengumpat orang adalah satu perbuatan yang amat ditegah dalam Islam. Mengumpat adal...
-
Assalamualaikum! Azab Kubur - Mayat Dikebumikan Dalam Kubur Yang Dipenuhi Air Pak abu mengamuk lagi. Kedua tamu di hadapannya di tata...
-
Assalamualaikum! Satu kejadian yang amat aneh telah berlaku di Garie, Australia yang mana kelihatan langit telah dipaparkan ...
-
Assalamualaikum! Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramid di mesir, inilah semua kea...
-
Assalamualaikum! Azab Kubur Yang Menggerikan Kerana Bertatoo Salib Di Dada Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar. Seorang ham...
-
Assalamualaikum! GAMBAR HIASAN Kisah Allah Dan Malaikat Izrail Serta Penciptaan Maut Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kema...
-
Assalamualaikum! Terdapat satu laporan di mana ada penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan dijumpai ketika pekerja sedan...
-
Assalamualaikum! Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa yang senang Allah mengabulkan doanya ketika dalam kea...
-
Assalamualaikum! Tidur Semasa Azan Penyebab Mayat Jadi Berat ? Soalan : Adakah sebab kita baring atau tidur semasa azan menjadi se...
-
Assalamualaikum! Hanover, Jerman - Gambar yang anda lihat diatas adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru saja 15 ming...
0 Komen Di Sini:
Catat Ulasan