Umat Islam tak wajar lalai, abai tuntutan alam akhirat
NILAI kehidupan dunia tidak diukur pada melimpah ruahnya harta, tingginya pangkat kedudukan, ataupun kesenangan duniawi belaka. Perlu diinsafi semua itu hanyalah bersifat sementara. Oleh itu, seorang Muslim janganlah menjadikan semua itu tujuan akhir atau matlamat kehidupan dunia.
NILAI kehidupan dunia tidak diukur pada melimpah ruahnya harta, tingginya pangkat kedudukan, ataupun kesenangan duniawi belaka. Perlu diinsafi semua itu hanyalah bersifat sementara. Oleh itu, seorang Muslim janganlah menjadikan semua itu tujuan akhir atau matlamat kehidupan dunia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan
merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan
disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari
neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.
Dan
(ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya
dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang
terpedaya.” (Surah Ali-Imran, ayat 185)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah al-An’am, ayat 32)
Kedua, dunia itu perhiasan yang mempesonakan. Kehidupan dunia berupa wanita, keturunan, harta dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang ternak, sawah ladang, dan sebagainya hanyalah sebuah perhiasan, bukannya sesuatu yang bernilai di sisi Allah SWT.
Ketiga, dunia juga disifatkan sebagai kehidupan penuh helah dan tipu daya kerana dunia dapat menundukkan manusia, berupaya membuatkan mereka cenderung dan cinta kepadanya, di samping mengakibatkan mereka lalai melaksanakan kewajipan untuk menghadap Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Surah Ali-Imran, ayat 185)
Keempat, dunia ini adalah himpunan harta benda yang dicari manusia. Namun, ingatlah bahawa harta benda ini tidak akan kekal untuk selamanya. Sebaliknya, kehidupan dunia ini sebenarnya datang hanya untuk memberi peringatan kepada setiap insan sifat dunia yang bersifat sementara.
Selain itu, Rasulullah SAW menegaskan dengan sabdanya yang bermaksud: “Kekayaan yang sebenarnya bukanlah terletak pada banyaknya harta benda, akan tetapi terletak pada kelapangan hati.” (Hadis riwayat Muslim)
Mencintai dunia seperti wanita, anak, harta dan sebagainya adalah fitrah setiap manusia. Justeru, Islam tidak melarang umatnya mencari dan mengumpulkan kesenangan dunia, bahkan Islam menganggap harta sebahagian keperluan asasi manusia.
Allah SWT menegaskan dunia dengan segala isinya telah disediakan untuk dimanfaatkan dan dimakmurkan manusia seperti firman Allah SWT yang bermaksud: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Baqarah, ayat 29)
Walau bagaimanapun, Islam membimbing kecintaan manusia terhadap dunia supaya sesuai dengan tuntutan Allah SWT. Sehubungan itu, Islam membezakan kecintaan terhadap dunia kepada dua perkara penting.
Pertama, tertipu dan terpedaya oleh dunia sehingga manusia menjadi hamba dunia, abdi kepada harta dan kekuasaan dimilikinya. Harta dan pangkat kedudukan menyebabkannya jauh dari Allah SWT.
Watak seumpama Qarun, seorang yang mencintai harta dan Firaun, seorang mencintai pangkat dan kekuasaannya adalah sebahagian daripada contoh manusia yang tertipu dengan pesona dunia. Ini adalah contoh dan persepsi salah terhadap dunia.
Kedua, menjadikan dunia alat dan saranan untuk dimanfaatkan bagi tujuan beribadah kepada Allah SWT, bukan sebaliknya, iaitu meletakkan dunia sebagai tujuan atau matlamat yang akan memperhambakan pemiliknya. Inilah contoh dan persepsi yang benar terhadap dunia.
Pendek kata, Islam menjelaskan bahawa Muslim sepatutnya meletakkan dunia di tangan, bukannya di hati. Justeru, setiap Muslim hendaklah selalu berniat dengan harta dimilikinya akan melahirkan anak yang soleh.
Dengan pangkat kedudukan dimilikinya, Muslim mampu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.
Sebenarnya bukan dunia yang menjadi masalah, tetapi niat, persepsi dan cara mendapatkan dunia.
Dengan niat betul, persepsi yang benar dan cara halal, dunia menjadi hamba kepada manusia, bukannya manusia menjadi hamba kepada dunia.
Berita Harian
0 Komen Di Sini:
Catat Ulasan