Assalamualaikum!
Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry
Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia
merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.
“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya
ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.
Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh
setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al
Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati
saya.”
Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa
seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum
menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih
daripada agama lain.
“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.”
Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan
Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya
kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang
yang taat. “Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al
Quran dan Rasul terakhir,” kata Henry.
Sumber: Halim Islam Online
0 Komen Di Sini:
Catat Ulasan