Assalamualaikum!
ALLAH Ar-Rahman wa Ar-Rahim Maha Pengampun dan sangat sukakan
hamba-Nya yang bertaubat nasuha dan memohon keampunan daripada-Nya.
Ertinya, Allah SWT boleh berkompromi dengan hamba-hamba-Nya yang melakukan dosa seandainya mereka bertaubat.
Cuma satu dosa yang Allah tidak boleh berkompromi dan tidak akan ada Ar-Rahman wa Ar-Rahim-Nya iaitu dosa syirik, dosa menyekutukan-Nya.
Firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang besar. (Luqman: 13)
Rasulullah SAW ditanya tentang dosa yang paling besar." Baginda
bersabda yang bermaksud: Kamu menjadikan sekutu bagi Allah, pada hal Dia
telah menciptakanmu."
Ada dua kategori syirik, iaitu syirik akbar (syirik besar)
yang boleh menyebabkan bukan sahaja pelakunya terkeluar daripada Islam
tetapi juga Allah tidak akan mengampuninya jika dipohon keampunan
sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan
mengampuni dosa syirik, dan dia Dia mengampuni segala dosa yang selain
dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. (an-Nisa': 48)
Sama ada syirik besar mahupun syirik kecil, adalah lebih baik kita
menghindarinya. Syirik besar, pelakunya adalah murtad di dunia dan kekal
dalam neraka di akhirat.
Syirik jenis ini juga membuatkan segala amal pelakunya menjadi
sia-sia dan tidak diterima-Nya. Taubat pelakunya juga tidak diterima
oleh Allah.
Manakala syirik kecil pula, pelakunya tidak murtad di dunia dan tidak
akan kekal di akhirat nanti, akan dinerakakan tetapi akan dibebaskan
selepas tempoh hukuman tamat.
Pelaku syirik kecil hanya membuat sia-sia amal perbuatan yang bercampur olehnya sahaja dan akan diampuni jika bertaubat nasuha.
Apa pun adalah wajar syirik kecil dihindari daripada dilakukan kerana
ia boleh membawa kepada perlakuan syirik besar. Hayati saranan
Rasulullah SAW supaya dijauhi syirik melalui sabda baginda yang
bermaksud: "Wahai manusia, jauhilah syirik, ia sesungguhnya dia lebih
samar daripada rayapan semut." Lalu ada yang bertanya bagaimana cara
kita menghindarinya sedangkan ia lebih samar daripada rayapan semut
wahai Rasulullah? Baginda menjawab: "Ucapkanlah, Ya Allah sesungguhnya
kami berlindung kepada-Mu daripada mempersekutukan-Mu atas apa yang kami
tidak ketahui." (riwayat Imam Ahmad)
Wallahu’alam….
0 Komen Di Sini:
Catat Ulasan