Assalamualaikum!
JOHOR BAHRU: Dua anak bukan saja tidak mengendahkan kematian bapa
berusia 80 tahun di Pusat Warga Emas Nur Ehsan Kempas di sini, dengan
alasan sibuk berpuasa malah hanya datang dua hari kemudian bagi menuntut
kad pengenalan arwah kerana warga emas itu dikatakan memiliki 10 unit
rumah sewa sekitar bandar raya ini.
Kejadian yang berlaku pada 27Julai lalu didedahkan Pengurus Pusat Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, semalam.
“Dua beradik berusia 40-an dan 50-an terbabit tidak menghiraukan
jenazah bapa mereka sebaliknya hanya berminat menuntut dokumen
pengenalan diri arwah yang hanya dikenali sebagai Pak Salleh itu.
“Dua beradik terbabit, seorang lelaki serta seorang perempuan dari Kampung Melayu juga Tampoi,” katanya, semalam.
Menurut Norijah, sebelum ini, kedua-dua anak Pak Salleh yang bekerja
di syarikat swasta di sekitar bandar raya ini kerap memberi alasan sibuk
bekerja hingga tidak dapat mengunjungi warga emas itu atau membawanya
pulang setiap Aidilfitri sejak lima tahun lalu. Katanya, dua beradik itu
tetap memberi alasan sama ketika pihaknya memaklumkan berkaitan keadaan
kesihatan Pak Salleh yang semakin terjejas akibat sakit tua.
“Sebelum ini kami sangka mereka memang sibuk bekerja hingga gagal
menjenguk Pak Salleh namun tidak menduga mereka sanggup lepas tangan
berkaitan pengurusan pengebumian arwah bapa kandung,” katanya.
Menurut Norijah, Pak Salleh meninggal dunia pada jam 7 petang, 27
Julai lalu sebelum pihaknya menghubungi dua beradik terbabit untuk
memaklumkan perkara berkenaan.
“Mereka langsung tidak sayu dengan berita menyedihkan itu sebaliknya
menyatakan sedang sibuk berbuka puasa bersama keluarga,” katanya.
Menurut Norijah, dia yang kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab
dua beradik itu melaporkan kejadian di Balai Polis Bukit Kempas, namun
kedua-dua anaknya masih gagal menguruskan pengebumian Pak Salleh.
“Malah mereka sanggup membayar sejumlah wang kepada kami untuk mengebumikan Pak Salleh,” katanya.
Menurut Norijah, dua hari selepas kematian bapa, anak perempuan arwah
mengunjungi pusat jagaan berkenaan menuntut kad pengenalan arwah
bapanya kerana mendakwa Pak Salleh memiliki 10 unit rumah sewa dan
dokumen itu diperlukan untuk melakukan urusan pindah milik harta di
antaranya serta adik lelakinya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada
Warga Emas Nur Ehsan di Jalan Denai 1, Kempas anjuran Yayasan Lace
Motor.
Hadir menyampaikan sumbangan baju dan biskut raya pemilik Yayasan
Lace Motor, Datuk Rokiah Omar dan Pengurus Lace Motor, Datuk Yahaya
Jaafar.
Sementara itu, anak perempuan warga emas itu ketika dihubungi enggan mengulas berkaitan kejadian menimpa arwah bapanya.
Harian Metro
Wallahu’alam….
FB Fan Page
Statistik
Catatan Wajib Baca
-
Assalamualaikum! Menjalani kehidupan dengan gemar mengumpat orang adalah satu perbuatan yang amat ditegah dalam Islam. Mengumpat adal...
-
Assalamualaikum! Azab Kubur - Mayat Dikebumikan Dalam Kubur Yang Dipenuhi Air Pak abu mengamuk lagi. Kedua tamu di hadapannya di tata...
-
Assalamualaikum! Satu kejadian yang amat aneh telah berlaku di Garie, Australia yang mana kelihatan langit telah dipaparkan ...
-
Assalamualaikum! Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramid di mesir, inilah semua kea...
-
Assalamualaikum! Azab Kubur Yang Menggerikan Kerana Bertatoo Salib Di Dada Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar. Seorang ham...
-
Assalamualaikum! GAMBAR HIASAN Kisah Allah Dan Malaikat Izrail Serta Penciptaan Maut Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kema...
-
Assalamualaikum! Terdapat satu laporan di mana ada penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan dijumpai ketika pekerja sedan...
-
Assalamualaikum! Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa yang senang Allah mengabulkan doanya ketika dalam kea...
-
Assalamualaikum! Tidur Semasa Azan Penyebab Mayat Jadi Berat ? Soalan : Adakah sebab kita baring atau tidur semasa azan menjadi se...
-
Assalamualaikum! Hanover, Jerman - Gambar yang anda lihat diatas adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru saja 15 ming...
0 Komen Di Sini:
Catat Ulasan