mct7Y-n1tpPGqpa7Shoetc-t4AE Subhanallah! Al-Quran Terbang Di Mekah | Islam Itu Simple Blogger Widgets

Sahabat Eida

Sabtu, 11 Ogos 2012

Subhanallah! Al-Quran Terbang Di Mekah

Nukilan Unknown Pada 6:55 PTG
Assalamualaikum!


Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat Islam di dunia ini untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Jadi tidak hairanlah jika Mekah dihadiri oleh jutaan manusia hampir setiap tahun.

Suatu ketika ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.

Saksi kejadian berkata pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik sahaja tiba di pintu depan Kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu Kaabah.

Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi.

Subhanallah! Walaupun mungkin di antara kita meragui tentang berita ini, namun kita perlu akur bahawa tiada yang mustahil dalam dunia ini. Ini adalah sebahagian daripada tanda kekuasaan Allah SWT.

[Petikan Warta Perdana]

 Wallahu’alam….

0 Komen Di Sini:

 

Islam Itu Simple Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea