Assalamualaikum!
Menghadapi bermacam-macam orang dari bangsa dan ideologi yang
berbeza, Isa Parada, seorang mualaf Hispanic asal Houston, sedang cuba
untuk menghubungkan perbezaan antara komuniti Latin dan komuniti Muslim
Amerika, cuba untuk menjadi contoh bagi komuniti Islam Latin yang
semakin berkembang.
“Masyarakat Islam dan komuniti Hispanik tidak tahu banyak tentang
mereka antara satu sama lain,” kata Isa Parada, yang bekerja di beberapa
masjid melalui Islamic Society of Greater Houston, kepada Houston
Chronicles.
Di New York dan Houston, Parada pernah menjadi aktivis gereja kerana
keluarganya yang merupakan paroki Katolik (pengurus dalam suatu
wilayah), membaca kitab bersama keluarganya. Masuk Islam pada tahun
1996, dan mendapat tentangan dari keluarganya yang menuduhnya menolak
budaya mereka.
“Ketika saya bertaubat, orang Hispanik banyak berfikir saya menolak budaya Latino saya,” katanya.
“Mereka fikir saya harus ‘menjadi orang Arab untuk menjadi Islam yang baik.”
Parada mendapati bahawa masyarakat Islam tidak tahu bagaimana
menghadapi masyarakat Hispanik dan kurang mempunyai sumber daya para
mualaf yang mampu berbahasa Sepanyol. Bekerja sama dengan Mujahid
Fletcher, seorang mualaf Hispanik dari Houston, mereka kini menghasilkan
video, fail audio dan kisah-kisah berbahasa Sepanyol untuk mendidik
komuniti Hispanik tentang Islam. Mereka melancarkan situ yang disebut
Islaminspanish.org.
Parada percaya bahawa Islam adalah jawapan segala persoalan keagamaan yang dulu dia miliki ketika masih menjadi remaja Katolik.
Selain perbezaan budaya, Parada menyatakan bahawa menjadi seorang
muslim sesuai pada isu-isu penting pada komuniti Latin, seperti
imigresen dan kekerasan.
“Anda tidak akan melihat ramai Muslim memandang rendah terhadap orang luar,” kata Parada.
“Mereka tahu bagaimana rasanya disisihkan, dipandang rendah dan diperlakukan sebagai warga kelas dua.”
Bekerja sebagai seorang imam di Houston, ia tertumpu pada pendidikan
pemuda yang ia berharap untuk menjauhi kehidupan ‘jalanan’ dan jauh dari
pengaruh negatif.
Untuk alasan ini dan lain-lain, Parada mengatakan komuniti Muslim Latin akan terus berkembang.
“Ketika saya pertama kali memeluk agama Islam, hanya ada kira-kira 20
orang Islam Hispanik di Houston, tapi di bulan lain semakin berkembang,
di salah sebuah masjid dengan lebih daripada 100 orang Latin yang
hadir,” kata Parada.
Meskipun tidak ada angka yang tepat, Amerika Syarikat dipercayai
menjadi rumah bagi hampir tujuh juta orang Islam. Menurut Pew Research
Center, 6 peratus Islam Amerika adalah Hispanik.
Selebihnya, satu
daripada 10 mualaf Amerika adalah Hispanik, dan angka itu terus
meningkat. The American Muslim Council menempatkan jumlah Islam Latino
di AS sekitar 200,000 pada tahun 2006.
Komuniti terbesar Islam Latino ada di daerah dengan angka tertinggi
Latin, seperti New York City, Chicago, Los Angeles dan Miami. California
adalah negara bahagian dengan jumlah muslim Latin yang paling besar.
Sumber: Halim Islam Online
Wallahu’alam….
0 Komen Di Sini:
Catat Ulasan