Assalamualaikum!
Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan
tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’
saat kematian mereka. Allah berfirman yang bermaksud:
“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami
menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada
Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)
Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah
seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu,
nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat
melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang
dilakukan malaikat Izrail.
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa
malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam
sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang
itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku
melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut
nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”
Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi
bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang
perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah
‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah
kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam
barzakh dan alam akhirat?
Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan
dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal
sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.
Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika
hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau
seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah
betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak
diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat
menyeksakan.
Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).
Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah
tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh
pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang
hidungnya kembang kempis.
“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air
mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan
menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)
Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur
mulai aripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir
pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi
gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu
pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.
Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa
roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan
perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap
dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”
Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan
kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai
kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam
ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu
adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.
Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan
kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila
telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke
lutut.
“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari
perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. “Dan
akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh
dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat
nazak orang itu.”
Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia
tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh
orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Kematian mungkin berlaku
kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga
yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti
kanser, jantung, Aids, denggi dan taun. Seorang yang sedang sakit tenat,
menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang
supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di
dunia.
Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan
kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan
kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang
masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk
memperbaiki diri.
Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu
sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah
menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat
maut. Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain
menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh
makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah
termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi,
wali dan orang soleh. Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya
tidak disenangi keturunan Adam a.s.
Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan
orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.
Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah
penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang
sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala
ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan
sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah
matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya
sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu
yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta
sunat bagi yang hidup mencium jenazah. Umat Islam dilarang mengaitkan
kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.
Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak
mempercayai perkara khurafat dan tahyul. Jika ada kematian seperti
kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah
perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya. Tiada siapa pun
dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan
datang tepat pada masanya.
Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat
kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Islam
menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian.
Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki
keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.
Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan
keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu
Allah.
Wallahu’alam….
FB Fan Page
Statistik
Catatan Wajib Baca
-
Assalamualaikum! Menjalani kehidupan dengan gemar mengumpat orang adalah satu perbuatan yang amat ditegah dalam Islam. Mengumpat adal...
-
Assalamualaikum! Azab Kubur - Mayat Dikebumikan Dalam Kubur Yang Dipenuhi Air Pak abu mengamuk lagi. Kedua tamu di hadapannya di tata...
-
Assalamualaikum! Satu kejadian yang amat aneh telah berlaku di Garie, Australia yang mana kelihatan langit telah dipaparkan ...
-
Assalamualaikum! Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramid di mesir, inilah semua kea...
-
Assalamualaikum! Azab Kubur Yang Menggerikan Kerana Bertatoo Salib Di Dada Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar. Seorang ham...
-
Assalamualaikum! GAMBAR HIASAN Kisah Allah Dan Malaikat Izrail Serta Penciptaan Maut Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kema...
-
Assalamualaikum! Terdapat satu laporan di mana ada penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan dijumpai ketika pekerja sedan...
-
Assalamualaikum! Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa yang senang Allah mengabulkan doanya ketika dalam kea...
-
Assalamualaikum! Tidur Semasa Azan Penyebab Mayat Jadi Berat ? Soalan : Adakah sebab kita baring atau tidur semasa azan menjadi se...
-
Assalamualaikum! Hanover, Jerman - Gambar yang anda lihat diatas adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru saja 15 ming...
Sahabat Eida
Ahad, 15 Julai 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen Di Sini:
Catat Ulasan