Sekatan kawasan penangkapan ikan yang dihadkan Israel
Buat sekian lamanya, penduduk Gaza telah dihukum dengan pelbagai
deraan dan sekatan. Mereka telah dikepung ketat oleh penjajah Zionis
Israel sejak tahun 2007 lagi. Bukan sahaja di sempadan darat dan udara,
bahkan juga di keseluruhan persisiran pantai Gaza yang semakin
menghimpit.
Para nelayan dan masyarakat di Gaza hanya dibenarkan memancing dan
menjala sejauh 3 km daripada persisiran pantai. Maka hasilnya tentulah
sedikit dan ikan-ikan yang ditangkap hanyalah ikan-ikan kecil seperti
sardin yang halus.
Hanya 3 km atau bersedia untuk ditembak!
Beberapa enjin bot nelayan telah ditembak pada 3 hari yang lalu kerana
bot yang mereka gunakan telah menghampiri kawasan 3 km dari pantai Gaza.
Harga sebuah enjin bot ini bernilai USD 6,000.00 kerana terpaksa dibawa
melalui terowong-terowong bawah tanah di Rafah daripada Mesir. Harga
yang terlalu tinggi untuk ditanggung oleh seorang nelayan biasa di Gaza.
Nelayan Gaza, Mahyuddin Bakeer menunjukkan enjit botnya yang ditembak
Harga ikan melambung tinggi dan tidak dinikmati oleh masyarakat
kebanyakan. Hanya di kalangan mereka yang berduit sahaja yang mampu
membeli ikan. Apa tidaknya, harga sekilo ikan sardin yang kecil (sebenar
ibu jari) setinggi RM 20-25, ikan merah RM 60-70 sekilogram dan udang
kebiasaannya hampir RM 100 sekilogram.Hasilnya, kebanyakan mereka hanya
dapat menangkap ikan sardin sebesar 2 jari dan beberapa jenis ikan yang
kecil bagi menampung keperluan lebih 1.7 juta penduduk wilayah ini.
Miski pun kawasan perairan tersebut dikawal rapi dan laluan ikan
ditutup oleh pasukan Navy Israel Ikan tetapi ketentuan Allah melebihi
segala-galanya. Ditakdirkan Tuhan apabila ribuan ekor ikan-ikan pari
yang besar dan sihat ini menerjah masuk ke perairan Gaza dan acap kali
memberikan hasil tangkapan yang lumayan kepada sebahagian daripada
nelayan di sini.
Habuan sebenar dariNya jua
Inilah bumi barakah yang dijanjikan Allah apabila masyarakatnya terus
gigih berjuang dan tetap teguh pendiriannya. Malahan pertolongan dan
pemberian rezeki dari Allah kepada mereka terus diterima dari hari ke
hari daripada sumber-sumber yang tidak disangka-sangkakan.
Allah Swt berfirman dalam surah Al-A’raf ayat 96:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَJika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”
Riwayat Abu Daud
0 Komen Di Sini:
Catat Ulasan