Jemaah dilarang ganggu jemaah solat dengan kelakuan tidak sopan |
Assalamualaikum!
IMAM masjid perlu menegur atau memberi pengajaran kepada jemaah yang berkelakuan tidak sopan di masjid seperti berbisik, mengganggu orang solat, melintas orang yang sedang solat, saf tidak lurus, berzikir dengan suara keras hingga mengganggu orang sedang solat serta belajar.
Daripada Abu Qatadah, katanya: “Tatkala kami sedang solat bersama Nabi SAW, tiba-tiba Baginda mendengar suara berbisik orang (yang datang). Maka ketika Nabi sudah selesai solat,ia bertanya: Ada apa urusan kamu tadi (berbisik)? Mereka menjawab: Kami terburu-buru untuk turut (jemaah).
Nabi SAW berkata: Janganlah kamu berbuat begitu. Apabila kamu mendatangi
solat, hendaklah kamu berlaku tenang. Apa yang kamu dapatkan (dari
solatnya imam), maka solatlah kamu (seperti itu) dan apa yang kamu
ketinggalan, sempurnakanlah.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Bukhari)
Diriwayatkan Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: “Apabila kamu mendengar iqamat, maka pergilah kamu ke tempat solat itu, dan kamu haruslah berlaku tenang dan bersikap sopan dan terhormat, dan janganlah kamu tergesa-gesa, apa yang kamu dapatkan (dari solatnya imam), maka solatlah kamu (seperti itu) dan apa yang kamu ketinggalan sempurnakanlah.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
Hadis ini mengandungi beberapa hukum iaitu kita diperintah berlaku
tenang dan bersikap sopan apabila mendatangi tempat solat atau masjid.
Kita dilarang tergesa-gesa apabila mendatangi tempat solat seperti
berlari-lari, meskipun iqamat telah dikumandangkan.
Kita dilarang berbisik apabila sampai di tempat solat, sedang solat jemaah sedang didirikan. Ini akan mengganggu orang yang sedang solat berjemaah.
Bagi mereka yang lambat berjemaah setelah imam selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, barulah disempurnakan apa-apa yang ketinggalan.
Hikmah diperintahkan tenang dan sopan serta tidak boleh tergesa-gesa, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Kerana sesungguhnya salah seorang di antara kamu, apabila menuju solat, maka bererti dia sudah dianggap dalam solat.” (Hadis riwayat Muslim)

Kita digalakkan membaca doa seperti dibacakan Nabi SAW yang bermaksud: “Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dan dalam ucapanku cahaya, dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya, dan jadikanlah pada penglihatanku cahaya, dan jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku cahaya, dan jadikanlah dari atasku cahaya, dan dari bawahku cahaya, ya Allah berikanlah kepadaku cahaya.”
(Hadis riwayat Muslim dan Abu Dawud)
Diriwayatkan dari jalan Ibnu Abbas yang menerangkan solat Nabi SAW di waktu malam. Hadis ini menyatakan: “Kita akan disukai apabila mengucapkan doa di atas di waktu pergi ke Masjid.”
Daripada Abi Humaid atau Abi Usaid, ia berkata: “Bersabda Rasulullah SAW: Apabila salah seorang kamu masuk masjid, maka ucapkanlah: Ya Allah, bukakanlah bagiku pintupintu rahmatMu). Dan apabila keluar (dari masjid), maka ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepadaMu dari kurniaMu.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Nasa’i)
Abdullah bin Amr bin Ash, Nabi SAW, apabila masuk masjid beliau mengucapkan: “Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung dan dengan wajahNya yang mulia serta kekuasaanNya yang tidak mendahuluinya, dari (gangguan) syaitan yang terkutuk.
Nabi SAW berkata: Apabila ia mengucapkan demikian
(doa di atas), syaitan pun berkata: Dipeliharalah ia daripadaku sisa
harinya.” (Hadis riwayat Abu Dawud)
Hadis ini menyatakan kita disunatkan membaca doa mohon perlindungan Allah daripada gangguan syaitan apabila memasuki masjid.
Hadis ini menyatakan kita disunatkan membaca doa mohon perlindungan Allah daripada gangguan syaitan apabila memasuki masjid.
0 Komen Di Sini:
Catat Ulasan