FB Fan Page
Statistik
Catatan Wajib Baca
-
Assalamualaikum! Menjalani kehidupan dengan gemar mengumpat orang adalah satu perbuatan yang amat ditegah dalam Islam. Mengumpat adal...
-
Assalamualaikum! Azab Kubur - Mayat Dikebumikan Dalam Kubur Yang Dipenuhi Air Pak abu mengamuk lagi. Kedua tamu di hadapannya di tata...
-
Assalamualaikum! Satu kejadian yang amat aneh telah berlaku di Garie, Australia yang mana kelihatan langit telah dipaparkan ...
-
Assalamualaikum! Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramid di mesir, inilah semua kea...
-
Assalamualaikum! Azab Kubur Yang Menggerikan Kerana Bertatoo Salib Di Dada Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar. Seorang ham...
-
Assalamualaikum! GAMBAR HIASAN Kisah Allah Dan Malaikat Izrail Serta Penciptaan Maut Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kema...
-
Assalamualaikum! Terdapat satu laporan di mana ada penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan dijumpai ketika pekerja sedan...
-
Assalamualaikum! Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa yang senang Allah mengabulkan doanya ketika dalam kea...
-
Assalamualaikum! Tidur Semasa Azan Penyebab Mayat Jadi Berat ? Soalan : Adakah sebab kita baring atau tidur semasa azan menjadi se...
-
Assalamualaikum! Hanover, Jerman - Gambar yang anda lihat diatas adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru saja 15 ming...
Sahabat Eida
Khamis, 28 Jun 2012
Bergossip @ Mengumpat
Assalamualaikum!
MENGUMPAT : Ialah satu perbuatan menceritakan atau menyebut perihal keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Sebagai contoh menceritakan kepada seseorang bahawa orang itu makan harta anak yatim, sekalipun perkara itu adalah benar, itulah dinamakan mengumpat. Jika perkara makan harta anak yatim tidak dilakukan oleh orang yang kena umpat maka itu dinamakan FITNAH.
Pengertian mengumpat berdasarkan hadits, Rasullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud: "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Menurut al- Zamakhshari dalam tafsirnya al- Kashshaf, kiasan dalam ayat surah al - Hujurat ini didatangkan dalam keadaan menunjukkan betapa pembuatan mengumpat itu sangat hina dan keji.
Antaranya ia didatangkan dalam keadaan berikut:
Menggunakan uslub istifham (gaya bahasa pertanyaan) tetapi memberi makna taqrir (kenyataan)
Menjadikan sesuatu yang dibenci itu berkaitan dengan sesuatu yang disayangi iaitu "memakan daging saudara sendiri"
Menyandarkan al-fi'il (perbuatan) kepada seseorang dari kamu yang memberi maksud bahawa setiap individutidak suka perkara tersebut.
Tidak mendatangkan perumpamaan sekadar memakan daging manusia secara umum, akan tetapi sesuatu yang lebih dasyat iaitu memakan daging saudara sendiri.
Menyifatkan daging saudara yang dimakan itu daripada tubuh badan saudara yang sudah mati.
Ertinya : "Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Al-Hujurat: 12).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).
Balasan Terhadap Pengumpat
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat nasuha.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan pengumpat akan menerima pembalasannya di akhirat.
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan yang menghapuskan pahala. Orang yang mengumpat akan semakin bertambah dosanya dan semakin berkurang pula pahalanya kerana diambil oleh Allah dan diberikan kepada orang yang kena umpat. Jika sudah kering pahalanya, maka Allah akan ambil dosa orang yang kena umpat dan ditambah pula kepada pengumpat. Akhirnya pengumpat akan menjadi seorang yang muflis di akhirat nanti.
Dalil daripada sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Balasan Kepada Orang Yang Diumpat
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seseorang akan terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
Hukum Mengumpat
Dosa mengumpat tidak syak lagi adalah satu dosa daripada dosa besar. Ia disebutkan oleh Allah SWT : ertinya : " Adakah kamu suka memakan daging mayat saudara kamu ? " ( Al-Hujurat : 12 ).
Rasulullah pernah menggunakan satu teknik sastera dalam mengingatkan sahabat tentang bahaya mengumpat. Di satu ketika Jabir r.a mengatakan bahawa dia bersama Nabi SAW di satu tempat dan terbau busuk di tempat itu, lalu Nabi SAW berkata " Adakah kamu tahu apakah bau ini ? , inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin" (Ahmad, dengan perawinya thiqah).
Adapun bagi kesalahan mengumpat, ia bukanlah satu kesalahan yang sangat besar sehingga terdapat peruntukan hukuman Allah di dunia ini. Justeru, apabila si pesalah mengaku salah dan memohon maaf, amat digalakkan untuk memaafkannya berdasarkan sebuah hadith yang menyebut bahawa sesiapa yang dipohon kemaafaannya (dengan ikhlas), dan ia menolaknya, maka yang menolak tidak akan dapat merasai telaga Nabi Saw di akahirat kelak. (Riwayat At-Tabrani, Albani : Hadits Dhoif)
Wallahu’alam….
SUMBER : FACEBOOK
Categories
Agama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen Di Sini:
Catat Ulasan