mct7Y-n1tpPGqpa7Shoetc-t4AE | Islam Itu Simple Blogger Widgets

Sahabat Eida

Jumaat, 13 Julai 2012

Taubat nasuha Muslim bertatu tetap diterima

Nukilan Unknown Pada 1:41 PTG 0 Komen Di Sini
Assalamualaikum!

SAYA insan yang sudah banyak melakukan dosa. Saya mahu memulakan kehidupan baru dan kembali bersolat tetapi badan saya banyak tatu. Untuk menghilangkannya sesuatu yang sukar. Persoalannya, apakah Allah menerima taubat keterlanjuran saya? Adakah solat saya diterima sedangkan tatu penuh di badan? Apa lagi yang harus saya lakukan?

HAMBA YANG INSAF,
Kuala Lumpur.




Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa ayat 48 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa selain dari syirik itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya dia sudah berbuat dosa yang besar.

Al-Quran juga menegaskan dalam surah az-Zumar ayat 53 yang bermaksud: Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah engkau berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

Si Buta tetap ke Masjid

Nukilan Unknown Pada 1:34 PTG 0 Komen Di Sini
Assalamualaikum!


Berikut adalah kisah seorang sahabat Rasulullah yang Buta bernama Abdullah Ibnu Ummi Maktum

Abdullah bin Ummi Maktum, nama sebenarnya Abdullah bin Umar bin Syuraikh, seorang sahabat suku Quraisy yang termasuk peserta hijrah ke Madinah rombongan pertama. Beliau sampai di Madinah sebelum kedatangan Rasulullah saw. Abdullah mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Rasululah saw. Dia adalah sepupu Ummul Mu’minin Khadijah binti Khuwailid ra. Bapanya Qais bin Zaid, dan ibunya ‘Atikah binti Abdullah.

Ibunya bergelar ‘Umi Maktum’ kerana anaknya Abdullah lahir dalam keadaan buta.
Abdullah bin Ummi Maktum termasuk kelompok yang pertama-tama masuk Islam. Sebagai muslim kelompok pertama, dia turut menanggung segala macam suka duka kaum muslimin di Makah ketika itu. Dia turut menderita siksaan kaum Quraisy seperti diderita kawan kawannya seagama, berupa penganiayaan dan berbagai macam tindakan kekerasan lainnya.

Tetapi apakah karena tindakan-tindakan kekerasan itu Ibnu ummi Maktum menyerah? Tidak……! Dia tidak pernah mundur dan tidak lemah iman. Bahkan dia semakin teguh berpegang pada ajaran Islam dan Kitabullah. Dia semakin rajin mempelajari syariat Islam dan sering menhadiri majlis Rasulullah saw.


Maqam Sayidina Abdullah Ummi Maktum

Setiap waktu kosong selalu disinya, dan setiap kesempatan yang baik selalu digunakan untuk menambah ilmu Islam. Pada masa permulaan tersebut, Rasulullah sering mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin Quraisy, mengharapkan semoga mereka masuk Islam. Pada suatu hari baginda berhadapan dengan ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, ‘Amr bin Hisyam (Abu Jahal), Umayyah bin Khalaf dan Al Walid bin Mughirah (ayah Saiyidina Khalid bin Al Walid).

Rasulullah saw berunding dan bertukar fikiran dengan mereka tentang Islam. Baginda sangat ingin mereka menerima dakwah dan menghentikan penganiayaan terhadap para sahabat baginda. Sedang Rasulullah saw berdakwah dengan sungguh-sungguh, tiba-tiba Abdullah bin Ummi Maktum datang meminta dibacakan kepadanya ayat-ayat Al Quran.
Kata Abdullah, “Ya, Rasulullah! Ajarkanlah kepadaku ayat-ayat yang telah diajarkan Allah kepadamu!”
Rasul saw yang mulia tidak mempedulikan permintaan Abdullah bahkan berpaling lalu meneruskan pembicaraannya dengan pemimpin Quraisy tersebut. Mudah-mudahan dengan Islamnya mereka, Islam tambah kuat dan dakwah bertambah lancar.

Selesai berbicara dengan mereka, Rasulullah saw cuba hendak pulang, tetapi tiba tiba penglihatan beliau gelap dan kepala beliau terasa sakit seperti terkena pukulan. Kemudian Allah mewahyukan kepadanya:
“Dia ( Muhammad ) bermuka masam dan berpaling, karena seorang buta datang kepadanya, Tahukah kamu, barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau mereka tidak membersihkan diri (beriman). Adapun orang yang datang kepadamu dengan bergegas (untuk mendapatkan pengajaran), sedangkan ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali kali jangan (begitu)! Sesungguhnya ajaran Allah itu suatu peringatan. Maka siapa yanag menghendaki tentulah ia memperhatikannya. (Ajaran ajaran itu) terdapat di dalam kitab-kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi (sentiasa) berbakti.” Surah ‘Abasa : 1 – 16.
Enam belas ayat itulah yang disampaikan Jibril Al-Amin ke dalam hati Rasulullah saw berhubung dengan peristiwa Abdullah bin Ummi Maktum, yang sentiasa dibaca sejak diturunkan sampai sekarang, dan akan terus dibaca sampai hari kiamat.Sejak hari itu Rasulullah tidak lupa memberikan tempat yang mulia bagi Abdullah apabila dia datang. Baginda mepersilakannya duduk ditempat duduk beliau. Bertanyakan keadaannya dan beliau penuhi keperluannya. Tidaklah heran kalau beliau memuliakan Abdullah sedemikian rupa, kerana teguran dari Allah itu sangat tegas.

 Wallahu’alam….

SUMBER

Khamis, 12 Julai 2012

Tak Pernah Tinggal Solat Jemaah Walau Lumpuh

Nukilan Unknown Pada 11:49 PTG 0 Komen Di Sini
Assalamualaikum!



Alhamdulillah dan syukur. Itu dua perkataan yang penulis mampu ungkapkan selepas menonton satu video berjudul ‘My prayes to the mosque is my life’ di laman You Tube.

Seorang lelaki tua, Abdullah Al Asiri, 77, adalah seorang yang lumpuh dari paras pinggang ke kaki sejak dia dilahirkan.

Walaupun mengalami kecacatan yang kekal itu, satu sahaja perkara yang Abdullah tidak pernah lupa untuk lakukan.

Setiap hari, Abdullah akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah di masjid.

Bayangkan kalau Abdullah yang sudah tidak mempunyai kaki untuk bergerak dan hanya mengesot untuk ‘berjalan’ seperti manusia normal dalam kehidupan seharian untuk pergi menunaikan solat, kita yang lengkap mempunyai dua kaki macam mana pula?

Semoga, paparan video ini memberikan kesedaran kepada kita untuk sentiasa mengingati akan pentingnya tujuan kita hidup di muka bumi Allah S.W.T ini adalah untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.

Dan haruslah kita untuk sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan rezeki dan limpahan rahmat yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita.

InshaAllah.

Wallahu’alam….

Misteri Bahan Binaan Piramid Dijawab Dalam Al-Quran

Nukilan Unknown Pada 11:43 PTG 0 Komen Di Sini
Assalamualaikum!



Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan


Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي 
لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. 
Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.


Wallahu’alam….

Sumber: akakdisebalikpintu.blogspot.com

Subhanallah! Air Liur Bayi Bertukar Jadi Kristal

Nukilan Unknown Pada 11:38 PTG 0 Komen Di Sini
Assalamualaikum!


Seorang bayi yang dari luar fizikalnya ternyata normal mengejutkan ramai pihak apabila dirinya mampu mengeluarkan air liur kristal.

Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur sibuk memperkatakan berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal.

Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal.

Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.

Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu.

“Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal,” katanya kepada Kompas.com.

Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni bersama suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.


“Kalau kristal itu diambil, dia akan menangis. Saya terpaksa memantaunya selalu kerana takut kristal itu ditelannya. Namun, setakat ini dia tidak pernah mahu menelannya dan hanya dibuat main,” ujar Leni.

Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Selepas berita ini tersebar sudah semestinya bayi ini sering menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihatnya secara dekat.

Mungkin tidak hairan jika ada yang sanggup membeli bayi ini sedangkan penemuan pelik yang lain turut ramai yang menawarkan harga.

Wallahu’alam….

Inilah Cinta Dalam Islam..

Nukilan Unknown Pada 12:42 PG 0 Komen Di Sini
Assalamualaikum!

Cinta ISLAM – Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam.

 
Antara ayat yang kerap di ucapkan bila berbicara tentang cinta:

“Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..”

“Saya cintakan awak kerana Allah..”

“Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..”


Firman Allah S.W.T:
“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
(Al-Israa’: 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.

Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.

Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

“Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!”

“Kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?”

“Tak apa kot, kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’..”

“Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..”

Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.

Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.

Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
(Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.

Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.

Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud;
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa”
(Al-Furqan 25:74″)

Ingatlah!
Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.
 
 Wallahu’alam….

Bagaimana Rumahtangga Islam Itu?

Nukilan Unknown Pada 12:32 PG 0 Komen Di Sini
Assalamualaikum!


Rumahtangga Islam bukan hanya sekadar berdiri diatas kemusliman seluruh anggota keluarga.

Bukan kerana seringnya terdengar lantunan ayat-ayat al-Quran dari rumah itu, bukan pula sekadar anak-anaknya disekolahkan ke masjid pada sekolah petang.

Rumahtangga Islam adalah adalah rumah yang di dalamnya ditegakkan adab-adab Islam, baik daripada individu mahupun keseluruhan anggota rumahtangga.

Rumahtangga Islam adalah rumahtangga yang didirikan di atas landasan ibadah. Mereka bertemu dan berkumpul kerana Allah, saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran, serta saling menyuruh kepada yang makruh dan mencegah yang mungkar, kerana kecintaan mereka kepada Allah.

Rumahtangga Islam adalah rumahtangga teladan yang menjadi ikutan dan dambaan umat. Mereka selesa tinggal di dalamnya kerana kesejukan iman dan kekayaan rohani. 

Mereka berkhidmat kepada Allah SWT, dalam duka mahupun suka, dalam keadaan senggang mahupun sempit.

Rumahtangga Islam adalah rumahtangga yang di dalamnya terdapat iklim yang sakinah (tenang), mawaddah (penuh cinta) dan rahmah (sarat kasih sayang). Perasaan itu sentiasa menaungi suasana rumah setiap hari. Seluruh anggota keluarga merasakan suasana ‘syurga’ di dalamnya.
 
 Wallahu’alam….

SUMBER
 

Islam Itu Simple Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea