mct7Y-n1tpPGqpa7Shoetc-t4AE | Islam Itu Simple Blogger Widgets

Sahabat Eida

Isnin, 9 Julai 2012

Produk Al-Quran Digital Read Pen Ar-Rayyan

Nukilan Unknown Pada 2:36 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum!

Mengikut kajian, terdapat ramai orang yang ingin belajar membaca Al-Quran. Mereka ini adalah daripada golongan yang berumur dan ramai juga yang masih muda seperti kanak-kanak & remaja. Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan belajar Al-Quran di madrasah-madrasah dan surau-surau, manakala golongan yang berumur akan belajar di masjid atau di rumah dengan mengupah ustaz peribadi sebagai ‘home tutor’ kepada mereka.

Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa ramai golongan berumur ini menghadapi pelbagai halangan & rintangan untuk belajar membaca Al-Quran. Antaranya ialah:

  • Suasana pembelajaran di masjid-masjid biasanya tidak selesa bagi kebanyakan golongan berumur ini.
  • Golongan berumur ini juga berasa malu untuk meminta guru mengulang kembali ayat yang sama beberapa kali walaupun mereka tidak jelas tentang cara bacaan yang betul.
  • Faktor lokasi masjid yang mungkin jauh bagi sesetengah orang juga boleh menyebabkan golongan berumur ini membatalkan niat mereka untuk belajar Al-Quran di masjid.
Sebagai alternatif buat mereka yang ingin belajar & menghayati Al-Quran, memperkenalkan satu gajet terbaru yang dikenali sebagai Al-Quran Read Pen Pro 2012. Ia dihasilkan sebagai salah satu alternatif buat mereka yang ingin belajar Al-Quran dengan menggunakan teknologi terkini. Ia amat mesra pengguna dan mudah digunakan oleh semua peringkat umur.

Apa yang anda akan dapat dalam set ini?
  • 1 x Al-Quran (Rasm Uthmani; Saiz “A5”)
  • 1 x Muqaddam & Iqra
  • 1 x Buku doa haji umrah
  • 1 x Sahih al-Bukhari
  • 1 x Travel Dictionary
  • 1 x Guide Card, Manual & Index
  • 1 x Pen Reader (4 GB)
  • 1 x Charger
  • 1 x USB Cable
  • 1 x Earphone
  • 1 x Neckstrap
  • 1 x Beg Ekslusif
Dapatkan segera di http://qurandigitalpen.com
Apa kelebihan set ini?
  • Mendapat kelulusan KDN
  • Bateri habis boleh dicaj (tidak perlu beli bateri)
  • Warranty 1 tahun (rosak ganti baru)
  • Ready stok!
Tawaran hebat sempena promosi awal dari kami. Harga di luar sana mencecah RM500. Harga sebenar kami RM327.

Tapi pada hari ini, kami berikan harga DISKAUN pada anda! Anda tidak perlu bayar RM327, tetapi anda hanya perlu labur RM290 sahaja untuk memiliki Al-Quran Read Pen Pro 2012 yang tulen ini!
Dapatkan segera di http://qurandigitalpen.com



Website: http://qurandigitalpen.com
Facebook: http://www.facebook.com/AlQuranRPR


Benda yang baik harus dikongsi.

Wallahu’alam….

The Store Mohon Maaf Isu Carlsberg Ramadhan

Nukilan Unknown Pada 2:21 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum! 

The Store Mohon Maaf Isu Carlsberg Ramadhan. Info Terkini Pihak The Store telah membuat satu permohonan maaf berkenaan isu Carlsberg Ramadhan menerusi laman Facebook The Store.

Terkini dan semasa, masyarakat Islam menggesa pihak pengurusan The Store tampil memohon maaf secara terbuka mengenai Isu Carlsberg Ramadhan jelas menyentuh sensitiviti orang Islam di negara ini.


Rakyat Amerika yang memeluk agama Islam kini cecah hampir 7 juta orang

Nukilan Unknown Pada 2:09 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum!


Menghadapi bermacam-macam orang dari bangsa dan ideologi yang berbeza, Isa Parada, seorang mualaf Hispanic asal Houston, sedang cuba untuk menghubungkan perbezaan antara komuniti Latin dan komuniti Muslim Amerika, cuba untuk menjadi contoh bagi komuniti Islam Latin yang semakin berkembang.

“Masyarakat Islam dan komuniti Hispanik tidak tahu banyak tentang mereka antara satu sama lain,” kata Isa Parada, yang bekerja di beberapa masjid melalui Islamic Society of Greater Houston, kepada Houston Chronicles.

Di New York dan Houston, Parada pernah menjadi aktivis gereja kerana keluarganya yang merupakan paroki Katolik (pengurus dalam suatu wilayah), membaca kitab bersama keluarganya. Masuk Islam pada tahun 1996, dan mendapat tentangan dari keluarganya yang menuduhnya menolak budaya mereka.

“Ketika saya bertaubat, orang Hispanik banyak berfikir saya menolak budaya Latino saya,” katanya.
“Mereka fikir saya harus ‘menjadi orang Arab untuk menjadi Islam yang baik.”

Parada mendapati bahawa masyarakat Islam tidak tahu bagaimana menghadapi masyarakat Hispanik dan kurang mempunyai sumber daya para mualaf yang mampu berbahasa Sepanyol. Bekerja sama dengan Mujahid Fletcher, seorang mualaf Hispanik dari Houston, mereka kini menghasilkan video, fail audio dan kisah-kisah berbahasa Sepanyol untuk mendidik komuniti Hispanik tentang Islam. Mereka melancarkan situ yang disebut Islaminspanish.org.

Parada percaya bahawa Islam adalah jawapan segala persoalan keagamaan yang dulu dia miliki ketika masih menjadi remaja Katolik.

Selain perbezaan budaya, Parada menyatakan bahawa menjadi seorang muslim sesuai pada isu-isu penting pada komuniti Latin, seperti imigresen dan kekerasan.

“Anda tidak akan melihat ramai Muslim memandang rendah terhadap orang luar,” kata Parada.

“Mereka tahu bagaimana rasanya disisihkan, dipandang rendah dan diperlakukan sebagai warga kelas dua.”

Bekerja sebagai seorang imam di Houston, ia tertumpu pada pendidikan pemuda yang ia berharap untuk menjauhi kehidupan ‘jalanan’ dan jauh dari pengaruh negatif.

Untuk alasan ini dan lain-lain, Parada mengatakan komuniti Muslim Latin akan terus berkembang.

“Ketika saya pertama kali memeluk agama Islam, hanya ada kira-kira 20 orang Islam Hispanik di Houston, tapi di bulan lain semakin berkembang, di salah sebuah masjid dengan lebih daripada 100 orang Latin yang hadir,” kata Parada.

Meskipun tidak ada angka yang tepat, Amerika Syarikat dipercayai menjadi rumah bagi hampir tujuh juta orang Islam. Menurut Pew Research Center, 6 peratus Islam Amerika adalah Hispanik. 

Selebihnya, satu daripada 10 mualaf Amerika adalah Hispanik, dan angka itu terus meningkat. The American Muslim Council menempatkan jumlah Islam Latino di AS sekitar 200,000 pada tahun 2006.

Komuniti terbesar Islam Latino ada di daerah dengan angka tertinggi Latin, seperti New York City, Chicago, Los Angeles dan Miami. California adalah negara bahagian dengan jumlah muslim Latin yang paling besar.

Sumber: Halim Islam Online


Wallahu’alam….

Ahad, 8 Julai 2012

Menjejaki si miskin

Nukilan Unknown Pada 12:54 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum! 

SESUNGGUHNYA Islam tidak pernah menghalang hambanya untuk mencari kekayaan yang menjadi lambang serta kayu ukur kesenangan hidup manusia di dunia. Bahkan, mencari kesenangan itu adalah satu keperluan demi membina kehidupan sempurna dan sewajarnya.

Insan yang waras fikirannya sudah tentu tidak ingin hidup dalam keadaan susah, tersepit dan miskin. Lantaran itulah mereka sanggup bertungkus-lumus, membanting tulang tanpa mengira penat dan waktu. 

Ingin menjadi kaya raya, memiliki harta yang banyak, rumah dan kereta mewah, juga bukan halangan atau satu kesalahan dalam syariat jika kita mampu. 

Namun Islam tetap memberi peringatan supaya setiap manusia tidak lalai dan hanyut dengan harta dan kesenangan dunia.

Pelbagai bentuk kesenangan yang dikurniakan Allah, sesungguhnya ia bukanlah untuk dibangga dan dimegahkan, tetapi untuk disyukuri. Demikianlah sifat orang Islam yang beriman. 

Allah sudah memberi jaminan keuntungan besar bagi orang yang mahu bersyukur dengan nikmat-Nya seperti terkandung dalam firman-Nya: Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. (asy-Syura: 27)

Walaupun sudah memiliki kekayaan yang melimpah ruah dan dapat menikmati kesenangan hidup secukupnya di dunia, seorang Muslim sejati disaran menabur bantuan atau pertolongan kepada manusia lain dalam mencari keberkatan hidup.

Kezaliman besar

Nukilan Unknown Pada 12:47 PTG 0 Komen Di Sini
Assalamualaikum! 


ALLAH Ar-Rahman wa Ar-Rahim Maha Pengampun dan sangat sukakan hamba-Nya yang bertaubat nasuha dan memohon keampunan daripada-Nya.

Ertinya, Allah SWT boleh berkompromi dengan hamba-hamba-Nya yang melakukan dosa seandainya mereka bertaubat.

Cuma satu dosa yang Allah tidak boleh berkompromi dan tidak akan ada Ar-Rahman wa Ar-Rahim-Nya iaitu dosa syirik, dosa menyekutukan-Nya.

Firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang besar. (Luqman: 13)
Rasulullah SAW ditanya tentang dosa yang paling besar." Baginda bersabda yang bermaksud: Kamu menjadikan sekutu bagi Allah, pada hal Dia telah menciptakanmu." 

Ada dua kategori syirik, iaitu syirik akbar (syirik besar) yang boleh menyebabkan bukan sahaja pelakunya terkeluar daripada Islam tetapi juga Allah tidak akan mengampuninya jika dipohon keampunan sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. (an-Nisa': 48)

Sama ada syirik besar mahupun syirik kecil, adalah lebih baik kita menghindarinya. Syirik besar, pelakunya adalah murtad di dunia dan kekal dalam neraka di akhirat.

Syirik jenis ini juga membuatkan segala amal pelakunya menjadi sia-sia dan tidak diterima-Nya. Taubat pelakunya juga tidak diterima oleh Allah.

Manakala syirik kecil pula, pelakunya tidak murtad di dunia dan tidak akan kekal di akhirat nanti, akan dinerakakan tetapi akan dibebaskan selepas tempoh hukuman tamat.

Pelaku syirik kecil hanya membuat sia-sia amal perbuatan yang bercampur olehnya sahaja dan akan diampuni jika bertaubat nasuha.

Apa pun adalah wajar syirik kecil dihindari daripada dilakukan kerana ia boleh membawa kepada perlakuan syirik besar. Hayati saranan Rasulullah SAW supaya dijauhi syirik melalui sabda baginda yang bermaksud: "Wahai manusia, jauhilah syirik, ia sesungguhnya dia lebih samar daripada rayapan semut." Lalu ada yang bertanya bagaimana cara kita menghindarinya sedangkan ia lebih samar daripada rayapan semut wahai Rasulullah? Baginda menjawab: "Ucapkanlah, Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada mempersekutukan-Mu atas apa yang kami tidak ketahui." (riwayat Imam Ahmad)

Wallahu’alam….

Cara Menyelesaikan Hutang Kepada Orang Bukan Islam

Nukilan Unknown Pada 12:40 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum! 

 Cara Menyelesaikan Hutang Kepada Orang Bukan Islam

Soalan
SAYA pernah berhutang dengan rakan bukan Islam dan hingga kini belum menjelaskannya. Saya cuba mencarinya namun gagal kerana dia sudah berpindah dan tiada siapa tahu alamat serta nombor telefon untuk dihubungi.

Bagaimana caranya untuk menyelesaikan hutang itu, adakah boleh saya bersedekah dengan berniat untuk membayarnya?

AZIZ
Kuala Kangsar, Perak

Jawapan

Hutang ialah tanggungjawab yang wajib dilangsaikan, tidak kira sama ada pemberi hutangnya beragama Islam atau bukan Islam. Jika pemberi hutang tidak dapat dikesan selepas pelbagai ikhtiar dijalankan, harus bersedekah wang itu bagi pihak pemberi hutang beragama Islam.

Bagi pemberi hutang bukan beragama Islam, ia boleh digunakan untuk membuat apa-apa kebajikan bersesuaian kerana mereka tidak bersedekah kerana Allah.

Apapun, jika warisnya datang menuntut, wang itu wajib dikembalikan. Cukuplah ada niat baik untuk melangsaikan hutang itu dan ia akan dihisab oleh Allah SWT.

Wallahu’alam….

Islam Itu Suci

Thierry Henry: Islam Adalah Agama Pilihan Terbaik

Nukilan Unknown Pada 12:32 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum!

Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.

“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.

Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”

Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.

“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.”

Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. “Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir,” kata Henry.


Sumber: Halim Islam Online

 

Islam Itu Simple Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea