mct7Y-n1tpPGqpa7Shoetc-t4AE | Islam Itu Simple Blogger Widgets

Sahabat Eida

Sabtu, 7 Julai 2012

Formula Matematik Yang Wujud Dalam Al-Quran

Nukilan Unknown Pada 3:34 PTG 0 Komen Di Sini
Assalamualaikum!

Formula Matematik Yang Wujud Dalam Al-Quran
Di sini saya ingin kongsikan dengan saudara dan saudari, tips atau formula matematik untuk memudahkan anda menghafal kedudukan halaman muka surat Al-Quran bagi setiap Juzuk.

Tips ni hanya dapat digunakan untuk Al-Quran Mushaf Uthmani yang standard sahaja.

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman yang ke berapa :

1. 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8.

2. Letakkan nombor 2 selepas jawapan.

3. Jadi, juzuk 5 adalah terletak di halaman 82.

Sekarang lihat di dalam Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarik bukan?




Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman yang ke berapa :

1. 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18.

2. Letakkan nombor 2 selepas jawapan.

3. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182.



Contoh 3


Jika anda ingin mengetahui Juzuk 24 di halaman yang ke berapa :

1. 24-1 = 23, 23 perlu didarab dengan 2 jadi 23 x 2 = 46.

2. Letakkan nombor 2 selepas jawapan.

3. Jadi, juzuk 24 adalah pada halaman 462.



Wallahu’alam….


Sumber

Tip Bekalkan Tenaga Anak Kala Berpuasa

Nukilan Unknown Pada 3:25 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum!

Pemakanan kanak-kanak yang baru belajar berpuasa perlu dititikberatkan. Hal ini mustahak agar dia kekal bertenaga sepanjang hari dan mampu melengkapkan ujian berpuasa sebulan dengan sempurna.

Dalam mendidik anak-anak, semuanya harus dilakukan sejak dari usia kecil. Sama juga halnya dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Untuk peringkat permulaan, anda bolehlah meminta dia berpuasa mengikut kemampuan diri masing-masing. Tidak perlu memaksa dia untuk berpuasa penuh sehari. Apa yang penting, anda sudah mengorak langkah permulaan untuk mendidiknya makan secara sihat ketika melaksanakan rukun Islam ketiga ini.

Biar apa pun pilihannya, ketahuilah bahawa makanan adalah sumber penting dalam membekalkan tenaga kepada si kecil yang baru belajar untuk menunaikan ibadah puasa. Bagi anak anda yang hanya mampu berpuasa setengah hari pun, anda tetap perlu meneliti makanan yang diambilnya agar dia tidak mudah berasa lapar di pertengahan hari.

Agar usaha si anak berjaya melunaskan tuntutan berpuasa ini, anda memainkan peranan penting dalam mengatur rutin pemakanannya. Pemilihan makanan yang seimbang dan sihat ketika bersahur mahupun saat berbuka puasa adalah antara yang perlu anda ambil peduli. Justeru, panduan berikut boleh anda aplikasikan dalam membantu dia menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin.

Makanan Seimbang

Selain daripada makanan ruji biasa, paling penting lengkapkan pemakanannya dengan pengambilan makanan bersumberkan buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu makan sahur dan buka puasa. Dalam pada itu, adalah lebih baik jika anda dapat menggalakkannya untuk makan buah-buahan segar berbanding buah yang telah diolah menjadi makanan tertentu. Hal ini bagi memastikan dia mendapat khasiat sepenuhnya daripada pengambilan buah berkenaan.

Makanan Berserat

Sekiranya anak anda tidak berselera untuk makan nasi atau makan makanan berat ketika bersahur, gantikannya dengan pengambilan makanan berasaskan bijirin. Sebaik-baiknya bijirin penuh. Serat yang terkandung di dalam bijirin sebegini mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.

Tahukah anda bahawa pengambilan serat ketika berpuasa sangat penting kerana ia dapat melambatkan proses tubuh untuk berasa lapar. Malah, ia juga baik dalam melancarkan proses penghadaman. Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan kekacang menggalakkan penyerapan zat daripada makanan ke dalam tubuh. Manakala, serat tidak larut di dalam bijirin dan sayur-sayuran pula memastikan salur pencernaan bebas daripada sebarang halangan. Serat jenis ini turut menyerap air yang dapat membantu anak anda cepat kenyang.


Wallahu’alam….

Bolehkah 'Bohong Sunat' Pada Si Manja?

Nukilan Unknown Pada 3:03 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum!

Menjelaskan kepada si kecil tentang sesuatu perkara adakala terasa begitu mencabar. Bukan mudah untuk membuatkan anak-anak faham dan adakala ibu bapa mengambil jalan pintas dengan ‘berbohong sunat’. Persoalannya, wujudkan pembohongan yang ‘baik’ dalam dunia ini? Bolehkah ibu bapa menggunakan taktik ini dengan alasan untuk mengajar si manja agar menjadi budak baik?

‘Bohong Sunat’ sering ditafsirkan oleh ibu bapa sebagai satu pembohongan yang ‘terpaksa’ dilakukan atas alasan memberi kebaikan kepada si manjanya. Cara mudah ini diambil bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengaburi pemahaman si manjanya tentang sesuatu perkara. Mungkin perkara tersebut tidak sesuai untuk diketahui oleh si manjanya kerana masih terlalu kecil.

Misalnya, Lili yang baru berusia empat tahun sering diejek oleh rakan-rakan sepermainannya dengan panggilan ‘gendut’. Si mama selalu menghiburkan hati Lili dengan mengatakan bahawa Lili tidak gemuk dan meyakinkan si manjanya bahawa rakan-rakannya itu salah. Apabila sudah semakin besar Lili mula sedar dan faham bahawa mamanya telah membohonginya tentang konsep gemuk dan kurus. Ini menyebabkan Lili berasa kecewa dengan mamanya.

Walaupun kebanyakan ibu bapa beranggapan tidak salah seandainya melakukan ‘bohong sunat’ untuk sekali sekala, tetapi dari sisi psikologi ia boleh menjejaskan perkembangan si manja anda. Tidak wujud istilah ‘bohong sunat’ dalam kamus kehidupan ini. Hakikatnya, penipuan adalah satu sifat negatif dalam diri individu. Lebih parah lagi jika sifat tersebut didedahkan kepada si anak kecil. Bukankah kita akan mendidiknya menjadi insan yang tidak jujur?

Impak ‘Bohong Sunat’ Kepada Si Manja :

• Soal moral baik dan buruk tidak diajar dengan betul kepada si anak. Anda tidak mengatakan perkara sebenarnya kepada si manja.

• Menimbulkan kekeliruan dalam jiwa si manja. Anda tidak memberi contoh yang baik. Ini bakal mempengaruhi kehidupan sosialnya kelak.

• Menimbulkan tanda tanya dan rasa tidak selesa pada anak.

• Si anak akan mencontohi orang tuanya seandainya dia juga berada dalam situasi yang sama kelak. Sudah tentu anda tidak mahu si manja menjadi pembohong cilik, kan?

• Nilai-nilai pertimbangan si manja juga tidak berkembang. Si anak seolah-olah ‘terbiasa’ dengan jalan pintas. Padahal, si anak perlu memiliki kemampuan ‘analytic’ untuk belajar mengapa begini/mengapa begitu?

Jadi, apa yang anda harus lakukan? Pakar perkembangan kanak-kanak mengatakan bahawa yang terbaik ialah menghindari sikap berbohong. Selalulah menjawab dengan jujur dan beri si anak penjelasan yang sesuai dengan kemampuannya menyerap informasi.

Tanda-tanda Si Kecil Berbohong

Semua orang memang tidak dapat lari daripada sifat berbohong. Lazimnya, kita terpaksa berbohong apabila berada dalam keadaan terdesak atau ingin menyelamatkan diri. Sebagai ibu bapa pula, kita tidak mahu anak-anak kita mempunyai sikap gemar berbohong. Ada pepatah mengatakan; “Siakap senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong lama-lama mencuri. Jadi, jangan beri peluang kepada si manja anda untuk cuba berbohong walau dalam apa jua keadaan. Bagi mengelak keadaan jadi bertambah parah, si ibu perlu bijak mengesan pembohongan si anaknya. Mungkin tip berikut boleh membantu!

1. Perubahan Raut Wajah

Raut wajah atau ekspresi wajah si anak yang kelihatan seperti tidak tenang boleh memberi isyarat dia menyembunyikan sesuatu daripada anda. Ekspresi wajahnya serta gerak tubuhnya seperti hidung yang kembang kempis atau menggosok-gosokkan alisnya boleh menjadi isyarat yang paling hampir menandakan dia sedang berbohong.

2. Banyak Cakap

Si kecil yang berbohong selalunya akan berada dalam keadaan serba tidak kena. Ketika mereka berbohong, mereka akan cuba bercakap lebih banyak berbanding biasa. Anda boleh melihat jelas perbezaannya itu.

3. Kelainan Nada Suara

Disebabkan dia tahu bahawa berbohong adalah tidak baik, jadi mereka akan berbohong dengan menggunakan nada yang agak rendah. Cara mereka bercakap juga memang berbeza daripada kebiasaannya.

4. Berulang-gulang

Si manja akan mengulang perkara yang diceritakannya secara berulang-ulang kali agar si ibu mempercayainya.

5. Pendiam

Si manja sukar menjelaskan perasaannya kepada anda. Mungkin dia berada dalam dilema sama ada perlu jujur atau sebaliknya. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk berdiam diri.


Wallahu’alam….

Jumaat, 6 Julai 2012

Hartawan misteri sedekah RM2.2 bilion bina masjid seluruh negara

Nukilan Unknown Pada 12:14 PG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum!

Seorang hartawan misteri mencetuskan kejutan apabila menyatakan hasratnya untuk menyumbang RM2.2 bilion bagi membina masjid, surau dan pusat tahfiz di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Difahamkan, penderma tidak menetapkan jumlah khusus untuk disalurkan kepada setiap negeri tetapi bergantung kepada jumlah yang dipohon oleh jawatankuasa surau dan masjid melalui Jawatankuasa Program Amal Jariah dan Wakaf (AJWA).

Pengerusi jawatankuasa itu, Abu Bakar Mat Drom berkata, jawatankuasa berkenaan ditubuhkan bagi mentadbir dan mengelola wang penderma serta menjalankan amanah individu berkenaan untuk menyalurkan sumbangan itu kepada pihak yang layak.

“Sumbangan penderma ini besar jumlahnya yang akan digunakan untuk membina surau, masjid, madrasah, pusat tahfiz dan juga dewan sekolah serta pusat penempatan anak yatim di seluruh negara.

“Penderma telah mengamanahkan agar tidak mendedahkan identitinya dan saya selaku pengerusi pengelola menjaga amanah ini dan akan menjalankan tanggungjawab ke arah pembangunan modal insan seperti yang dihasratkan oleh penderma,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, sebagai pendahuluan sebuah surau bakal dibina di Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim di sini bagi menggantikan surau yang telah uzur dengan kos yang dianggarkan berjumlah RM400,000.

Majlis pecah tanah itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan turut dihadiri ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar, ADUN Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman dan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Kassim Mohamad.

Sementara itu, Mohd. Ali menyambut baik hasrat penderma berkenaan dalam membantu kerajaan negeri membina lebih banyak surau, masjid dan rumah anak yatim di negeri ini namun tetap berharap dapat dipertemukan dengan individu terbabit.

Katanya, perjumpaan dengan penderma itu adalah penting bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kesulitan di kemudian hari kerana ianya melibatkan banyak pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Pelajaran negeri.

“Saya akan arahkan satu pertemuan diadakan bersama penasihat undang-undang dan kewangan negeri, pihak JAIM, jabatan pelajaran serta agensi yang terlibat bagi mengelak daripada berlakunya masalah,” katanya.

Utusan

Khamis, 5 Julai 2012

Panduan Menyusukan Ketika Berpuasa

Nukilan Unknown Pada 4:56 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum!

Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat.

Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian.

Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.

FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.

Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.

Susu Kering

Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.

Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.

Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah puasa! Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang refleks pengeluaran susu (let down). Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.

Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.

Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.

MENGENALI BULAN SYAABAN DAN MALAM NISFU SYAABAN

Nukilan Unknown Pada 2:24 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum!

Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.

PENGERTIAN SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabatmenjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

MALAM NISFU SYAABAN

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

FADHILAT BULAN SYAABAN

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: “Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.” Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhirKhamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”

Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba’an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi:“Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.


PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN

Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.
SUMBER SAHIH : HIKMAH.ORG.MY
Credit: KuraKura

Wallahu’alam….

Mengaku kafir elak ditangkap dengan awang hitam

Nukilan Unknown Pada 2:17 PTG 0 Komen Di Sini


Assalamualaikum! 

Hanya kerana enggan dicekup ahli jawatankuasa Surau al-Munawwarah, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway di sini selepas disyaki berkhalwat dengan lelaki warga Afrika, seorang wanita sanggup mengaku bukan Islam.

Timbalan Pengerusi Surau itu, Mohd Zuki Mohd Akhir berkata, wanita terbabit yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai operator telefon dicekup bersama lapan lelaki warga Afrika, kira-kira jam 10.45 malam, Selasa lalu.

Menurutnya, pihaknya melakukan pemeriksaan di tempat kejadian selepas menerima aduan mengenai kehadiran wanita terbabit dalam keadaan mencurigakan di rumah yang disewa warga Afrika itu. Katanya, selepas memperkenalkan diri, seorang penghuni membenarkan mereka masuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati lapan lelaki warga Afrika berada di ruang tamu sambil menikmati minuman keras bersama wanita terbabit.

“Ketika soal siasat mengenai tujuan wanita terbabit berada di rumah berkenaan, dia secara sedar mengaku bukan Islam menyebabkan kami terkejut.

“Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, kami meminta kad pengenalannya untuk diperiksa. Tetapi, wanita terbabit berdolak-dalik sebelum memberitahu kad pengenalannya tertinggal di rumah,” katanya.

Mohd Zuki berkata, pihaknya kemudian menggertak untuk menyerahkan wanita terbabit kepada pihak polis selepas diyakini dia berbohong bagi mengelak diperiksa status agama pada kad pengenalannya.

“Selepas digertak, barulah wanita terbabit menyerahkan kad pengenalannya untuk diperiksa dan dalam dokumen itu menunjukkan agamanya Islam serta berasal dari Kuala Lumpur. “Dia kemudian mengaku terpaksa memberi alasan sedemikian kerana takut dikenakan tindakan,” katanya.


 

Islam Itu Simple Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea